Isu Khairudin ditahan di SJR, polis selesai ambil keterangan 11 saksi

Isu Khairudin ditahan di SJR, polis selesai ambil keterangan 11 saksi

Isu Khairudin ditahan di SJR, polis selesai ambil keterangan 11 saksi

Polis sudah mengambil keterangan 11 saksi berhubung dakwaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman baru-baru ini yang dimuat naik ke sebuah laman web.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5.

“Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran bertajuk ‘tular WhatsApp Khairuddin ditahan di Perasing, Terengganu’ yang dimuat naik ke laman web Info Negara Kini pada 4.50 petang 28 Mei.

Khairudin

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab memuat naik hantaran tersebut dan merakam percakapan individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes, sebelum kertas siasatan dirujuk ke pejabat peguam negara untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan khabar angin tidak berasas tanpa mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi berhubung siasatan kes itu.

Katanya, sebarang bentuk penyebaran berita palsu menggunakan platform media sosial adalah kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 29 Mei lalu, Khairuddin dalam kenyataan ringkas menafikan tuduhan dirinya ditahan di SJR Perasing dan mempunyai hubungan dengan seorang selebriti wanita.

Beliau mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiar atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing, termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya,” kata Khairuddin.

Susulan itu, polis pada 1 Jun lalu dilaporkan berkata, Khairuddin akan dipanggil untuk diambil keterangannya berkaitan isu pemeriksaan di SJR itu.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/22/polis-ambil-keterangan-11-saksi-berkait-dakwaan-khairuddin-ditahan-di-sjr/