“Isteri pertama hanya tahu minta duit je, anak sakit pun nak pergi swasta sedangkan klinik kerajaan bayar RM1 je, rupanya..”

Oleh INFORAKYAT

“Isteri pertama hanya tahu minta duit je, anak sakit pun nak pergi swasta sedangkan klinik kerajaan bayar RM1 je, rupanya..”

Duka lara di dalam rumahtangga tidak dapat dielakkan. Dalam meniti kehidupan seharian bersama pasangan, pasti terdapat saat pasang surutnya.

Memetik daripada posting asal dari Page Kisah Rumah Tangga, jom kami kongsikan permasalahan yang dialami oleh sang suami seperti dibawah.

"Isteri pertama hanya tahu minta duit je, anak sakit pun nak pergi swasta sedangkan klinik kerajaan bayar RM1 je, rupanya.."

Salam admin..

Saya dengan isteri pertama tak pernah bahagia dan kami sudah tidak duduk sebumbung selama 5 tahun.

Perkawinan saya ada dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun pada tahun ini.

Saya selalu bagi nafkah untuk anak saya tetapi isteri saya tak benarkan saya bawa anak bercuti kerumah neneknya (rumah mak saya). Sampai semua ahli keluarga saya merinduinya.

Tapi isteri saya bersungguh2 tak benarkan.

Untuk pengtahuan warga krt isteri saya tak punya dokumen yang sah jadi perkawinan kami lewat didaftarkan. Dalam sijil lahir anak saya pun hanya berbinkan Abdullah.

Layakkah saya tuntut hak penjagaan di pejabat agama jika kami cer4i?

Malah istri memang tak nak belajar agama dan memang seorang pendendam walaupun macam2 cara saya pujuk dia agar tak libatkan anak walaupun kami dah tak bersama dia tetap hasut anak untuk membenci saya.

Yang buat hati saya terharu bila Isteri kedua saya sentiasa ingatkan saya untuk memberi nafkah dan berjumpa dengan anak.

Isteri kedua tidak pernah melarang untuk berjumpa dengan anak saya .

malahan istri pertama saya memberi syarat jika ingin berjumpa tak bole bawa istri kedua saya tapi istri kedua saya okay sahaja.

Masalahnya disini, isteri pertama asyik nak tuntut nafkah sedangkan kami dah lama tak bersama.

Untuk pengetahuan semua nafkah anak sorang pun saya ada bagi rm 200 sebulan tapi isteri pertama cakap tak cukup sedangkan anak saya tu tak pakai duit banyak pun.

Dia ada nyatakan kalau dah hubungan macam ni. Baik bercerai saja. Tapi saya taknak cerai sebab tak ada dalam istilah hidup saya yang namanya kawin cerai.

Apa perlu saya buat min? Buntu sangat. Lagipun isteri kedua saya hamil dan perlukan duit yang banyak.

Isteri kedua yang layan dan jaga makan minum saya. Lagipun dia isteri sah yang di daftar.

Sedangkan isteri pertama hanya tahu minta duit sahaja. Anak sakit pun nak pergi swasta sedangkan klinik kerajaan bayar rm 1 je. Pening macam ni

BACA:

Berang anak kekasih buat bising, kanak-kanak usia 2 tahun lebam di’balun’ ibu hanya tengok saja..

Berang ayah tiba-tiba dipecat sebagai CEO Finas, sekali ini reaksi Anzalna