Isteri kedua kecewa dihalang ziarah jenazah suami buat kali terakhir

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Soal jodoh di tangan Allah SWT, tetapi bagi sesiapa yang ditakdirkan hidup bermadu,

Tidak semua pihak mungkin menerima wanita tersebut sebagai ahli keluarga atas pelbagai sebab.

Wanita ini mengalami situasi yang pahit apabila menjadi isteri kedua apabila suaminya, Tajudin Mahmood, meninggal dunia pada 23 Mac lalu, didakwa di Punggol, Singapura.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita yang menggunakan nama @lena_lynn

mendakwa dia dihalang oleh keluarga suaminya ketika cuba menziarahi jenazah Allahyarham untuk kali terakhir.

Isteri kedua kecewa dihalang ziarah jenazah suami buat kali terakhir

@lena_lynn menyatakan, dia telah menjaga suaminya dengan penuh kasih sayang, tetapi tidak diberi peluang untuk melihat jenazah suaminya oleh keluarga Allahyarham walaupun dia cuba untuk berbincang secara baik.

“Saya tidak dibenarkan masuk untuk melihat jenazah suami. Saya yang banyak menjaga suami. Mereka tidak mengambil peduli tentang kami langsung. Keluarga saya sentiasa berada di sisiku.

“Yang lain hanya memerhati sahaja. Padahal semua orang tahu saya adalah isteri kedua Allahyarham. Zalim, fitnah, dan ghibah tentang suami dan saya,” ungkapnya.

@touchlena Sambungan VTT jawapan kenapa Jenazah Suami saya berpindah Lokasi. Jgn tabur Fitnah dan Percaya bile Hanya dengar Sebelah Pihak saje. #alfatihah #kematian #suami #family #zalim ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Berdasarkan video lain yang dimuat naik sebelum ini, @lena_lynn kelihatan berada di tanah perkuburan dengan menulis kapsyen yang meluahkan kesyukuran kerana akhirnya dapat mencium jenazah suaminya.

“Alhamdulillah, pak Imam memberi saya rezeki luar biasa kerana saya dapat mencium jenazah suami dengan persetujuan anak sulung di tanah perkuburan, kerana saya dihalang masuk ke rumah untuk menziarahi Allahyarham,” tulisnya.

Dalam ruangan komen, ramai menyuarakan simpati terhadap nasib wanita tersebut, tetapi mereka lebih memilih untuk mendengar kedua-dua belah pihak untuk mengelakkan fitnah

BACA: Leona dedah pernah jejak kaki ke Palestin, ini pesanan wanita Palestin kepada Leona