Salam semua nama aku Azman. Aku sebenarnya dah penat dengan layanan mak aku sejak dari kecik hingga dewasa.
Aku ada 3 orang adik beradik (termasuk aku) dan semua lelaki.
Aku pula anak bongsu, terus terang mak aku ni memang dari aku kecik tak pernah langsung puji aku atau cakap benda baik.
Dari dulu aku asyik kena tengking marah m4ki. Selalunya aku telankan sahaja.
Tapi abang aku no.1 dan no.2 mak aku layan baik je. Aku dapat keputvsan baik pun mak aku setakat jeling sambil cakap,
“memang patut dapat A tu. Aku kerja susah payah kalau tak dapat A aku halau!”
Bayangkan aku spm dapat 6A, mak aku punya reaksi macam tu. Tapi abang aku yang satu A pun tak ada mak aku senyum puji. Aku pun telan, aku sendiri dah terima mungkin anak pungut atau mungkin dia salahkan aku sebab lepas setahun aku lahir ayah aku meninggaI dunia.
Masa dekat rumah jangan cakap setiap hari memang aku yang kena bebel, kena buat itu dan buat ini. Pernah sekali aku kena dengan seterika panas sebab ketawa baca majaIah ujang. Aku cuma ketawa dan mak aku lempar sterika yang dia tengah guna gosok baju.
Waktu belajar, duit ptptn yang aku dapat mak minta separuh untuk dia. Aku pun bagiIah kan, takkan nak meIawan. Habis belajar terus kerja dan waktu tu agak bersyukur gaji lepas tolak apa semua aku dapat bersih RM 2100.
Setiap bulan seribu aku bagi dekat mak, yang lain aku simpan. Gaji pertama aku bagi mak seribu. Aku cakap elok, “mak ni gaji pertama seribu untuk mak simpan,” tapi mak aku dengan nada sinis, “seribu je?” Aku pun waktu terus terang memang terkilan.
Nak nangis je rasa tapi aku tahan. Ye orang lelaki pun ada perasaan ye. Kalau depan kawan ke, sed4ra mara jangan cakap memang aku asyik kena pandang remeh la dengan mak. Badan aku ni agak besar memang aku ada daiet, pergi gym tapi tak ada lah kurus terus fit mesti ambil masa berbulan.
Hari tu raya dengan selamba mak aku cakap sambil tunjuk dekat muka aku, “ha ni tengok badan anak aku gemok makan khinzir ke apa.” sambil ketawa. Aku pun tahan. Sebab nak taknak mak aku juga. Abang aku dua orang sebulan setakat bagi 200 – 300 ringgit mak aku puji depan kawan dengan sed4ra mara.
Aku bagi seribu dia sinis cakap, “belajar tinggi dapat bagi seribu je?” Aku siap beli mak aku barang kemas nak bagi dia gembira. Tapi tidak kena perli juga, emas tu dia gadai bagi dekat abang aku lepastu bunga aku yang kena bayar.
Jadi satu hari ni aku bawa seorang kenalan dan kami sebenarnya serius nak berkahwin nama dia Amira. Amira ni umur 15 tahun terlibat dalam kemaIangan. Jadi kaki sebeIah dia tak dapat fungsi macam asal. Jadi ramai yang ejek dia capik.
Tapi aku kenal dah setahun. Jadi raya tahun tersebut Amira nak melawat jumpa mak aku. Aku sebenarnya dah bagitahu Amira tentang mak aku per4ngai dia macam mana. Aku pun sebelum tu terangkan dekat mak aku elok elok. Tolong jangan kutuk atau h1na Amira. Bagi aku dia dah cukup tersiksa kena cemuh dan ejek.
Aku pun bawa Amira, sampai je Amira nak salam tangan mak aku. Dia pandang aku sambil cakap, “ini budak tempang tu?” Aku dengar waktu tu terus terang pertama kali dalam hidup yang aku rasa nak tumbvk muka mak aku.
Amira cuma sengih dan cakap selamat hari raya dekat mak aku. Dalam kereta tu aku hantar Amira balik, aku minta maaf dekat dia sambil menangis. Balik rumah aku buat surat nak letak jawatan. Jadi lepas dua bulan, aku kemas baju barang dan nak pindah.
Selama ni aku bersabar sebab pada aku, mak dah tua tak ada orang nak jaga. Tapi tidak aku sebenarnya memang dah tawar hati dengan mak aku. Sebelum keluar rumah aku cakap dengan mak selama ni aku cuba jadi anak yang baik taknak meIawan cakap mak dan dengan cakap mak sebab selama ni aku pegang kata – kata yang ibu ni syurga kita.
Tapi haritu aku cakap kalau aku anak derh4ka pun aku terima. Sebab aku dah pasrah. Mak aku punya reaksi? “Anak pkimak tak kenang jasa! kau keluar dari rumah aku si4I” Aku tinggalkan mak aku duit dalam 5 ribu. Dan sejak haritu aku pindah negeri lain, bekerja dan berkahwin dengan Amira. Tanpa mak aku tahu dan tak rasa nak bagitahu pun.
Tahun ni maknanya dah 6 tahun aku tak hubungi mak aku. Anak pun dah dua orang. Raya baru – baru ni, Amira ada cakap dengan aku ajak cuba balik jenguk mak aku. Tapi aku taknak, aku takut kalau nanti bila balik sana mak aku h1na isteri aku dan h1na anak – anak aku.
Sampai sekarang pun aku tak rasa nak balik, mungkin ada yang cakap air dicincang tak akan putvs dan syurga bawah telapak kaki ibu. Tapi hakik4tnya syurga tersebut mak aku guna untuk pijak – pijak aku. – Azman (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nisa Izwan : Its ok, TT amiklah masa untuk sejukkan hati dan berbahagia bersama dengan anak – anak dan isteri.. TT anak yang sangat baik walaupun mak awak tak menghargai.. salute u bro.. Tapi saya percaya jauh di sudut hati mak awak mesti teringatkan TT dan kebaikan yang TT pernah buat walaupun per4ngai dia macam tu. Biarlah masa yang menentukannya.. TT teruskan berdoa untuk mak agar Allah lembutkan hati dia.. insyallah suatu hari nanti mak awak akan sedar juga.
Arissa Bantason Arissa : Tt tak payah balik la. Kang menambah d0sa dengan mak je. Tt move on saja la dengan kelurga tt. Jaga anak dan isteri baik – baik. Kalau mak tt dah insaf atau rindukan tt dah tentu mak tt suruh abang – abang tt cari tt dah.
Raini Sein : Tak disayangi dan dihargai ahli keluarga terdekat adalah satu s4kit yang tiada penawarnya.. Bersabarlah dik. Awak doakan aje lah mak awak tu.
Kalau berjumpa boleh menambah d0sa, baiklah berjauhan. Tapi jangan sesekali menanam rasa benci dalam hati k.. Sebab apa – apa pun dia kunci syurga awak. Semoga awak dan keluarga baik – baik aje.
BACA: Wanita menang pampasan RM157,266 gara-gara dipecat kerana hamil 8 minggu