1. Keputusan tegas Kerajaan Malaysia baharu dengan gabungan Pakatan Harapan menghalang atlet renang paralimpik dunia dari Negara haram Israel telah menyebabkan konco-konco Israel mengutuk tindakan Kerajaan Malaysia.
2. Lanjutan ketegasan Kerajaan Malaysia, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah membuat keputusan mengejut dengan membatalkan hak Malaysia selaku penganjur kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
3. Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir dengan terbuka menyatakan tidak berasa kecewa dengan penarikan hak Malaysia sebagai tuan rumah acara sukan renang paralimpik tersebut.
4. Perkara yang terjadi ini membuktikan kelunakan kerajaan Malaysia berdiri berdasarkan atas prinsip dan fakta bahawa Israel adalah “bangsa penjenayah”. Dunia maklum bahawa Negara haram Israel adalah sebuah kerajaan yang sering melanggar undang-undang antarabangsa.
5. Antara kandungan yang terdapat dalam manifesto Pakatan Harapan adalah “memimpin usaha menyelesaikan konflik Rohingya dan Palestin”. Tindakan yang dilakukan dalam hal ini adalah selari dengan tuntutan manifesto yang sering dituntut seteru politik Pakatan Harapan, Pas dan Bn.
6. Ternyata perubahan kerajaan Malaysia juga memberi impak kepada dunia dalam membuktikan pendirian kerajaan yang mengekalkan imej rakyat Malaysia yang pro-Palestin.
7. Hal ini suatu hadiah buat tanah air ini setelah tercemar pada tahun lepas, 13 Februari 2018 dengan kemasukan pertama kali diplomat-diplomat besar negara Zionis tersebut sebagai tetamu kehormat ke Malaysia.
8. Jika tiada perubahan kerajaan ini berlaku, kemungkinan Malaysia bakal mengubah sikap serta pendirian terhadap negara Zionis berkenaan.
9. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kebebasan serta memperjuang penegakan hak asasi manusia wajar menjadi kalangan paling gembira dengan keputusan tegas kerajaan Malaysia pada hari ini.
10. Sungguh, Malaysia Baharu ini bakal menjadi antara kalangan negara majoriti Muslim yang disanjung dunia dengan manifestasi memperjuangkan kebebasan, penegakan keadilan dan menentang penindasan.
Ubaidillah Harith.
Ahli Jawatankuasa,
Pemuda Amanah Negeri Melaka.