Ismail Sabri ziarahi Muhyiddin di kediamannya

Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan sokongan penuhnya kepada Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menerajui pentadbiran negara.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan Insya Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, malam ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri, menggantikan beliau yang meletak jawatan 16 Ogos lalu.

Terdahulu, petang tadi, Muhyiddin menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya di sini.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745327/muhyiddin-zahir-sokongan-penuh-kepada-ismail-sabri

 

BACA JUGA :

Adakah undi percaya Ismail Sabri masih diperlukan?, Ini jawapan pakar perlembagaan

Annuar Musa beri bayangan kabinet yang hampir sama bakal dibentuk

Panas !!! Ada ahli parlimen akan ‘Uturn’ menjelang undi percaya?