Ismail Sabri bidas Zahid, anggap ucapan penggulungan PAU paling teruk dalam sejarah

Ismail Sabri bidas Zahid, anggap ucapan penggulungan PAU paling teruk dalam sejarah

Dalam siri pemberontakan secara terbuka dalam Umno, dengan klip video tersebar menunjukkan pemimpin parti mula mengkritik cara Ahmad Zahid Hamidi menguruskan perhimpunan agung baru-baru ini yang menyokong desakan berterusannya untuk memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu klip dipercayai dirakamkan beberapa hari selepas perhimpunan agung Umno, naib presidennya Ismail Sabri Yaakob menyerang Zahid berhubung ucapan penggulungannya.

“Paling teruk. Patutnya ucapan penutup memberi bekal kepada semua perwakilan bawa balik ke negeri apa yang patut kita buat untuk menghadapi pilihan raya,” kata Ismail pada program Bangkit 15 peringkat negeri Pahang baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan Zahid kerana menyerang anggota Kabinet dari Umno ketika gesaan presiden untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

“DAP sekali pun tak kena tembak. PKR sekalipun tak kena tembak. Yang kena tembak teruk, menterilah,” katanya dan menambah menteri-menteri Umno mempertimbangkan meletakkan jawatan selepas diserang teruk dalam ucapan-ucapan semasa perhimpunan agung.

Sementara rakan satu partinya dan bersama dalam Kabinet Annuar Musa berkata beliau bersetuju dengan Ismail perhimpunan agung Umno kali ini adalah yang paling teruk.

“Betapa tidaknya, tak sampai 24jam kemudiannya,tersebar rakaman perbualan…rupanya ada guru di luar yang coaching PAU,” kata Annuar merujuk kepada rakaman perbualan telefon empat minit antara Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar di media sosial.

Annuar menambah usul diluluskan Umno untuk memutuskan hubungan dengan PN kini boleh dipertikaikan selepas pendedahan rakaman audio itu.

“Ia disokong berdasarkan fakta yang dikemukakan.

“Sekarang ternyata fakta itu misleading, sokongan itu adalah ‘null and void,” katanya.

Dalam klip audio empat minit didedahkan MalaysiaNow, Anwar mengucapkan tahniah dan memberikan arahan kepada Zahid selepas perhimpunan agung Umno yang bersetuju dengan cadangannya untuk memutuskan kerjasama dengan kerajaan PN.

Zahid kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Anwar.

MalaysiaNow dapat mengesahkan klip audio itu tulen, dan suara dalam perbualan itu adalah suara Anwar dan Zahid.

Berita Penuh :https://www.malaysianow.com/berita/2021/04/11/ini-perhimpunan-agung-umno-paling-teruk-kata-ismail-sabri/