Ismail dilihat tak serius bentuk kerajaan berwibawa

Ismail dilihat tak serius bentuk kerajaan berwibawa.Wartawan veteran A Kadir Jasin membidas tindakan kerajaan melantik bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Beliau berkata tindakan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob itu jelas menunjukkan beliau tidak serius membangunkan sebuah pentadbiran yang berwibawa.

“Bekas perdana menteri yang mengaku dia hilang sokongan ahli Dewan Rakyat daripada gabungannya sendiri dilantik untuk memulihkan negara. Kegilaan apakah ini.

“Apa lagi kalau bukan tikus dibagi tugas memperbaiki labu. Sekarang dia diberikan tugas memperbaiki labu yang dirosakkannya itu,” katanya di Facebooknya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan memaklumkan Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN bertaraf menteri di mana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu.

Ismail

MPN ditubuhkan Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.

Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman serta nasihat dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar daripada pandemik secara sistematik dan selamat.

Dalam pada itu, Kadir berkata pelantikan Muhyiddin itu terdapat kejanggalan dan berbeza daripada pelantikan Duta Khas ke Timur Tengah, Hadi Awang; Duta Khas ke China, Tiong King Sing dan Duta Khas ke Asia Timur, Richard Riot anak Jaem yang diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga berkata pelantikan jawatan-jawatan baru dalam kerajaan itu memperkukuhkan lagi pendapat umum di kalangan pengguna media sosial bahawa wakil-wakil rakyat dan parti-parti politik katak yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional ini wajib diajar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Oleh sebab itulah daripada sekarang lagi kita wajib berkempen supaya lebih banyak calon baru, muda, wanita dan berwibawa dikemukakan. Kita tolak mana-mana parti yang tidak memenuhi ekspektasi kita,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/05/ismail-tak-serius-bangunkan-pentadbiran-berwibawa-kata-kadir/

BACA: Panas !!! Hotel milik kerajaan Terengganu teruskan operasi ketika 13 positif Covid-19