Ismail dilapor bakal menghadap Agong di Kuantan hari ini

Ismail

Ismail dilapor bakal menghadap Agong di Kuantan hari ini.Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini bagi mempersembahkan barisan Kabinet baru.

Urusan menghadap Seri Paduka itu akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Perkara itu disahkan oleh sumber dari Istana Negara, menurut laporan The Star Online.

Laporan itu berkata, senarai Kabinet itu sepatutnya dipersembahkan semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini, memandangkan Agong tidak berada di Kuala Lumpur.

Ismail

Ismail Sabri akan bertolak ke Pahang hari ini.

Ia juga melaporkan bahawa Ismail diminta memuktamadkan senarai kabinet sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

Selepas senarai kabinet itu dipersembah kepada Agong, majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan secepat mungkin.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588709

BACA: Ismail Sabri dijangka persembah senarai kabinet kepada Agong hari ini