Islam makin terancam ni, mana NGO IKATAN?

Islam makin terancam ni, mana NGO IKATAN?

Ikatan NGO ni sudah berubah 180 darjah dalam isu2 melibatkan akidah umat Islam. Berapa orang atau berapa peratus muslimin Malaysia terikat dengan ikatan dia entahlah.

Sekarang macam dah ghuyub semuanya masuk bawah tanah atau ikatannya sudah terburai, entah ke mana pergi ahli2nya yg dulu persis pejuang2 berani mati… sehingga muncul isu Sajat yg terkini, baru dia menjenguh meminjam tulisan orang lain (Ku Seman Ku Hussain) tentang Sajat.

Dulu ketika zaman PH kemain puak Islam Melayu narcissist ini menghukum orang Islam lain dengan hukuman2 yg teruk seteruknya. Sampai Sajat pakai telekung di Makkah pun dia tumpang sekaki buat serangan kononnya Islam sudah terancam.

YB Mujahid pula adalah musuh nombor wahid puak ikatan perkauman itu, walaupun hampir semua pimpinan tertingginya adalah kawan rapat YB Mujahid sejak zaman belajar lagi. Teramat teruk dan busuk buruk sangka mereka terhadap YB Mujahid.

Aku yang sepengajian dengan naqib2 usrah mereka pun dibelasah sekali, kerana berkhidmat utk agama bersama YB Mujahid. Aku dibakulkan sekali dengan lemparan kata2 kesat dalam grup tertutup atau media terbuka. Seorang Kepala Bapak dalam Isma itu memberi gelaran buruk terhadap aku dan dijadikan zikir oleh anak2 buahnya ‘ikhwah dan akhawat’ di dinding muka buku mereka.

Eh tiba2 sekarang dah tak penting pulak Sajat nak murtad ke apa.. Islam dah tak terancam dah?

Eh tiba2 puji dan sucikan pulak institusi agama spt JAKIM (institusi yang sama dan buat kerja yg sama di zaman PH, bahkan mungkin lebih aktif berdakwah ketika itu). Seolah-olah JAKIM baru wujud sejak tertubuhnya kerajaan PN secara tebuk atap tu.

Apa sudah jadi dengan ikatan kamu itu? Sudah terburai dan terleraikah?

Sumber :