
Kerajaan negeri hari ini mengesahkan bahawa elaun bulanan lebih 700 guru al-Quran di Terengganu dipotong daripada RM500 kepada RM400 berkuatkuasa bulan depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, YB Satiful Bahri Mamat berkata dalam laporan teganukita.net, elaun itu boleh ditingkatkan sekiranya Kerajaan Pusat memberi peruntukan sewajarnya.
“Penyelarasan itu dibuat bagi mengimbangi elaun guru Kelas Fardu Ain (KAFA) yang turut melakukan tugasan sama.
“Mereka itu ialah yang terlibat di bawah KEMAS dan Tadika Perpaduan di bawah Kerajaan Pusat,” katanya di Wisma Darul Iman.
Sumber :
https://www.terengganu.today/2019/08/kerajaan-terengganu-sahkan-elaun.html?m=1