Isham Jalil cabar MB Terengganu sumpah laknat tiada rancangan jatuhkan pemimpin Umno. Seorang pemimpin Barisan Nasional mencabar Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar bersumpah partinya tidak merancang untuk menjatuhkan pemimpin Umno.
“Kalau betul semua perkara yang dalam minit mesyuarat itu tidak betul, suruh dia buat sumpah laknat,” kata Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil kepada FMT.
“Setakat nafi-nafi sahaja rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik talam dua muka yang depan kata lain belakang buat lain.”
Samsuri menafikan wujudnya pakatan untuk menjatuhkan pemimpin Umno susulan laporan mengenai penularan dokumen dikatakan ‘minit mesyuarat’.
Dokumen itu didakwa ada menyebut tentang rancangan untuk menjatuhkan dan mengganggu Umno dan BN.
Samsuri menyifatkan dokumen tular itu sebagai “sampah”, tidak benar, dan tidak tahu dari mana datangnya.
Beliau bagaimanapun akui ada pertemuan antara pemimpin PAS dan Bersatu, namun ia tidak membincangkan apa yang didakwa itu.
“Samsuri kata dia tidak bincang seperti minit mesyuarat yang bocor itu. Habis kamu bincang apa? Bulan puasa jangan tipu,” jawab Isham.
Isham berkata pemimpin PAS pernah sebut tentang rancangan “taktikal” untuk memastikan Umno menerima Bersatu dalam Muafakat Nasional.
“Adakah ini rancangan taktikal mereka iaitu menjatuhkan pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan mereka dan menyumbat pemimpin Umno ini ke dalam penjara sebelum pilihan raya?
“Jika inilah rancangan mereka, sememangnya mereka orang yang tidak kisah menganiaya orang lain untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang sebegini tidak boleh dipercayai.”
TONTON :
BACA:
Padah pukul perempuan, penyanyi terkenal ditahan polis
KWSP khas belum masuk? Ini jaminan menteri kewangan
Honda HR-V versi baru jadi kegilaan orang ramai, tiba Malaysia dalam masa terdekat