Tindakan Timbalan Menteri lebih terpuji dari mufti utara

Tindakan Timbalan Menteri lebih terpuji dari mufti utara

Hari ini Timbalan Menteri dalam laporan Akhbar mengakui, Pihak kementerian, dan Menteri maklum akan surat dan kebenaran kepada Syarikat Arak.. Kata mereka kebenaran hanya untuk pengedaran produk bernilai RM 350 Juta, Bukan Operasi…Benar lah aku tulis semalam,Mustahil Menteri tidak tahu..

Bagi aku, Dalam waktu MCO ni.. Kebenaran pengedaran lebih teruk dan memberi kesan buruk dari kebenaran operasi.. Dah pasti dalam tempoh seminggu ini, Arak telah dipasarkan keseluruh Negara sebagai barang yang ditakrif barang keperluan…

Apapun kita memuji tindakan Timbalan Menteri yang mengakui kesilapan mereka… Mereka tidak meletakkan kesalahan kepada KSU, tindakan Timbalan Menteri tersebut jauh lebih bermaruah dari Mufti Utara yang cuba meletakkan kesalahan kepada penjawat awam..walaupun, Mufti itu penuh ilmu Agama di dadanya.. yang hilang padanya Akhlak dan sifat Amanah..

Wahai Mufti Utara.. Kakitangan awam, Anggota pentadbiran Kerajaan tak boleh buat kenyataan sewenang wenangnya..depa bukan seperti orang politik..Menteri Boleh untuk benar atau nafikan tanpa kebenaran.. Kamu meletakkan kesalahan kepada KSU, Anggota Pentadbiran semata mata mempertahankan dan menutup Kejahatan kamu mengangkat Kerajaan dan menteri2 ini..

Depa anggota Pentadbiran ketika ambil alih tugas sebagai KSU, depa ni angkat Sumpah,taat setia, simpan rahsia di depan menteri dan PM.. Bukan boleh sebarangan buat kenyataan… Depa itu ada sifat Amanah..

Bukan seperti Ulama Jahat dan Mufti belah Utara tu, Orang Agama yang langsung takda sifat Amanah..Khianat terhadap tanggung jawab dan Amanahnya sebagai Mufti sendiri dengan berpoltiik..

Ketika pemerintahan PH, Menteri Agama ini boleh ditakrif ketuanya dalam pentadbiran hal ehwal Agama , sebelum ini ada Mufti bermudah mudah menghina Menterinya sendiri..bukan setakat hina,tetapi menghina slogan pentadbiran Rahmatan lil’Alamin.. Inilah wajah Jahat seorang Mufti dan Ulama Akhir Zaman..

Di dalam syarah Kitab Kifayatul Atqiya wa Minhajul Asfiya biarpun tidak dikenal sebagaimana kitab I’anatut Thalibin ada meletakkan definisi jelas Ulama Su'(Ulama Jahat)..

berkata Sayyid Bakr Bin Muhammad..:

وهم علماء الدين للتمييز بينهم وبين علماء الدنيا وهم علماء السوء الذين قصدهم من العلم التنعم بالدنيا والتوصل إلى الجاه والمنزلة إلى أهلها

Membezakan Ulama Agama dengan Ulama Dunia,,,mereka Ulama Dunia ini adalah ulama jahat yang dengan ilmunya digunakan bagi tujuan kesenangan dunia, untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan dalam sebuah ,masyarakat..”

Alhamdulillah… Akhirnya Allah zahirkan apa yang selama ini tersembunyi dalam hati hati mereka.. Kebencian ini lah yang telah merosakkan ramai dikalangan agama hatta Ulama’…

Ipohmali