Ini senarai kelonggaran penduduk Lembah Klang perlu tahu

Ini senarai kelonggaran penduduk Lembah Klang perlu tahu. Kerajaan pada hari ini telah bersetuju untuk membenarkan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih daripada Fasa 1 ke Fasa 2 berkuat kuasa 10 September 2021.

Ini senarai kelonggaran penduduk Lembah Klang perlu tahu

Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelonggaran yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 2 ini.

Antara kelonggaran tersebut adalah seperti berikut:

  • Rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin;
  • Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri;
  • Ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;
  • Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin; dan
  • Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang telah lengkap dua dos.

Selain daripada itu Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 turut bersetuju untuk melonggarkan SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

Antara ketetapan yang telah diputuskan adalah seperti berikut:

  • Membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.
  • Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.

Sementara itu, bagi negeri Fasa 1 pula, sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga/nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi mulai 10 September 2021 ini.

Bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3 pula, kelonggaran SOP tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser, dan salon kecantikan akan dibenarkan.

Berita Penuh : Buaya sering kelihatan di Sungai Johor, penduduk resah