Ini senarai Exco Kerajaan perpaduan negeri Melaka yang baharu buat pemimpin PN sakit hati

Ini senarai Exco Kerajaan perpaduan negeri Melaka yang baharu buat pemimpin PN sakit hati.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka direalisasikan menerusi pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada DAP.

Lapan Adun dilantik semula menganggotai barisan Exco negeri, manakala tiga lagi lantikan baharu bagi memantapkan lagi struktur pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ini senarai Exco Kerajaan perpaduan negeri Melaka yang baharu buat pemimpin PN sakit hati

Ab Rauf yang juga Adun Tanjung Bidara yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat lalu akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.

Mendahului senarai Adun yang mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia hari ini adalah Adun Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang dilantik sebagai Exco Kanan bagi portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

Ia disusuli dengan Adun Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan); Adun Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh (Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan); Adun Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti);

Turut dilantik semula, Adun Gadek, VP Shanmugam (Exco Belia, Sukan dan NGO); Adun Machap Jaya, Ngwe Hee Sem (Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan) serta Adun Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama).

Tiga Adun baharu yang dilantik adalah Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan (Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital); Adun Ayer Limau (Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (Exco Kerja Raya, Insfrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan) serta Adun Kesidang, Seah Shoo Shin (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna).

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Negeri di Seri Negeri, di sini.

Sementara itu, dua penyandang Exco digugurkan daripada jawatan berkenaan iaitu Adun Serkam, Datuk Zaidi Attan yang sebelum ini menjawat jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar serta Adun Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis (Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan).

BACA:

Dah nak raya ni, boleh dah kaum bapa bersihkan ‘peta dunia’ dekat seat kereta, ini cara paling murah boleh pakai

Kenapa jadi gelandangan? Sebab ‘ambo malas’, jawapan pakcik ini undang reaksi netizen