“Ini semua sebab nafsu” – Caprice dedah perangai sebenar PU rogol gadis. Sebut sahaja nama Caprice pastinya ramai yang tahu penyanyi rap ini sering memberikan ulasan mengenai isu yang sedang hangat kini. Tidak kira apa juga isu, ada sahaja idea dan info yang disampaikan dalam video darinya.
Terbaharu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tampil ulas isu yang melibatkan seorang penceramah bebas yang didakwa merogol remaja bawah umur.
Dalam ulasan dari Caprice tersebut difahamkan ustaz berusia 30 tahun tersebut sudah pun memiliki tiga isteri.
Korang dengarkan apa yang Caprice ulas laporan ustaz ada 3 isteri yang didakwa di mahkamah dalam video berikut:
Lihat siaran ini di Instagram
Dalam video Caprice ulas laporan ustaz tersebut, dia memberitahu ada yang DM minta dirinya siasat mengenai isu tersebut. Malah dia turut menegaskan tidak kira siapa juga si pelaku, salah tetap salah.
Mangsa bagi kes ini adalah remaja 14 tahun yang juga adalah masih bawah umur. Tambahnya lagi disebabkan individu berkenaan sudah ada tiga isteri, jadi boleh sahaja dia pilih yang mana satu.
Namun perbuatan terkutuk tersebut tetap dilakukan kepada remaja bawah umur. Berikut adalah apa yang turut dikatakan oleh penyanyi rap tersebut:
“Punca of all this is nafsu. Nafsu makan, nafsu duit, nafsu perempuan, nafsu kuasa….yang sanggup buat u turn…”
Tambahnya lagi, “Nafsu is our worse enemy. Sebab itulah Islam wajibkan berpuasa. We must learn to kawal and fight our nafsu.”