Ini sebabnya mengapa kucing tiba-tiba gigit kaki atau tangan anda..

sebabnya

Ini sebabnya mengapa kucing tiba-tiba gigit kaki atau tangan anda..ANTARA perkara yang suka dilakukan kucing adalah menggigit tangan atau kaki manusia atau apa sahaja benda di sekelilingnya.

Namun gigitan itu tidaklah sehingga melukakan dan biasanya si bulus menggigit ketika kita bermain dengannya.

Tetapi apabila kucing menggigit secara tiba-tiba tanpa sebab tertentu sehingga luka, barangkali ada sebab tertentu ia berbuat demikian.

Berikut adalah beberapa alasan mengapa kucing menggigit manusia.

1. Takut atau sakit

Kucing yang ketakutan atau dalam kesakitan akan menggigit sebagai bentuk bahasa tubuh untuk memberitahu tentang keadaannya.

Banyak perkara yang boleh menyebabkan kucing berasa takut seperti mengejut dirinya yang sedang tidur, memotong kuku, didekati orang tidak dikenali dan sebagainya.

Gigitan adalah salah satu cara kucing berkomunikasi.

sebabnya

Kucing dengan berat badan berlebihan lebih gemar menggigit kerana lebih mudah berkomunikasi dengan cara itu berbanding bergerak.

2. Kecewa

Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda berasa kecewa seperti kehadiran kucing lain, permintaannya tidak dilayan, berada dalam keadaan tertekan dan sebagainya.

Kucing yang sedang kecewa lebih gemar berjalan mundar-mandir dan boleh menyerang pemiliknya dengan menggigit tanpa sebab bagi meluahkan rasa kecewa.

3. Naluri memburu

Naluri pemburu adalah perkara semula jadi pada seekor kucing yang mana haiwan ini tidak perlukan latihan.

Jadi jangan terkejut jika anda tiba-tiba melihat ia kembali ke rumah dengan menggigit tikus di mulutnya atau tiba-tiba menyerang tangan anda yang gebu.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2021/08/28/kucing-gigit-anda-secara-tiba-tiba-salah-satu-sebabnya-mahu-luah-rasa-kecewa

BACA: Strategi Pas untuk menang PRU15 dikongsikan Hadi