Ini sebab mengapa jemaah termenung dengan keputusan kerajaan tangguh umrah. Sejak kerajaan bersetuju menangguhkan sementara kebenaran mengerjakan ibadah Umrah, ramai yang terkejut mendengar kenyataan itu, terutamanya jemaah dan agensi yang terlibat dalam pengurusan berkenaan.
Rupanya, perlu menanggung kerugian sehingga jutaan ringgit akibat daripada penangguhan itu.
Jemaah dan agensi tanggung rugi sebab tangguh umrah
Menurut Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) iaitu Dr Fathir Badri, demikian adalah kerana bayaran telahpun dibuat kepada pihak Arab Saudi.
“Visa umrah terbabit adalah termasuk kos hotel dan pengangkutan di Arab Saudi yang bernilai kira-kira RM3,500.”
“Kos dianggap hangus kerana tidak akan dipulangkan semula kepada jemaah disebabkan bayaran sudah dibuat kepada pihak di Arab Saudi.”
Difahamkan, anggaran kos kerugian itu berdasarkan jumlah 10,000 jemaah yang sudah mendapat visa umrah sepanjang bulan ini.
Harap tempoh tangguh tak dilanjutkan
Walaubagaimanapun, mereka perlu akur dengan keputusan itu selain berharap agar penangguhan yang dibuat tidak dilanjutkan bagi memudahkan pihaknya menjadualkan semula perjalanan jemaah mereka.