Ini sebab kenapa Taliban suka sangat guna trak pikap Toyota

PADA ketika video disiar di serata dunia menunjukkan Taliban kembali berkuasa di Afghanistan termasuk imej kenderaan kegemaran kumpulan tersebut, trak pikap Toyota.

Kenderaan lasak buatan pengeluar Jepun itu dikenali dengan reputasi ‘sukar musnah’ dan menjadi simbol mencurigakan pasukan tentera Taliban sekitar 1990-an dulu.

Ini sebab kenapa Taliban suka sangat guna trak pikap Toyota

Trak pikap itu juga popular dengan beberapa kumpulan pengganas, militan dan pemberontak seperti al Qaeda dan ISIS (Daesh) dengan kemampuan mengharungi muka bumi mencabar Afghanistan serta teguh menampung aneka senjata berat yang dipasang padanya.

Pada kali pertama kumpulan Taliban menyerbu masuk istana Presiden pada 1966, wartawan India Today menggambarkan situasi sebagai:

“Kereta kebal dan trak Toyota Hilux bersenjata berlumba masuk ke ibu kota Afghanistan.”

Akhbar New York Times (NYT) pada 2001 pula melaporkan trak pikap Toyota sebagai “platform ideal untuk intimidasi dan penguatkuasaan.”

Daripada Land Cruiser dan Hilux mereka, Taliban bersedia turun dan membelasah wanita kerana mendedahkan sebahagian buku lali mereka atau mengurung lelaki dalam kontena kapal selama tiga minggu hingga janggutnya tumbuh panjang. Atau mengheret individu disyaki berzina atau mereka yang mengkhufuri (Pencipta) ke stadium bola sepak untuk hukuman bunuh.”

Toyota sebenarnya sudah lama berusaha menjauhkan jenamanya daripada dikatkan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan secara terbuka menyambut baik siasatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengenai bagaimana kenderaan mereka boleh berada di tangan pengganas.

TIDAK BOLEH JUAL SEMULA LAND CRUISER?

2022-Toyota-Land-Cruiser-6-BM-1200x747 2022-Toyota-Land-Cruiser-2-e1623294507895-BM-1200x628

Toyota tahun ini mengumumkan polisi baharu pada pelancaran Land Cruiser (2022), yang juga model paling lama dihasilkan pengeluar itu.

Apabila mula dijual di Jepun pada 2 Ogos lalu, Toyota mengumumkan, mana-mana pembeli kenderaan utiliti sukan (SUV) itu perlu menandatangani kontrak persetujuan untuk tidak menjual semula Land Cruiser dalam tempoh satu tahun.

Dalam satu kenyataan, Toyota mengesahkan tujuan klausa perjanjian itu dengan menjelaskan;

“(Land Cruiser) Agak popular di luar negara dan kami bimbang mengenai situasi kenderaan keluar dari Jepun ke luar negara sebaik saja memasuki pasaran serta kemungkinan dieksport ke wilayah tertentu yang ada kawalan keselamatan.”

Tindakan menjual produk Toyoya kepada kumpulan seperti pemberontak Kerajaan atau pengganas boleh mengundang tindakan undang-undang.

Menurut Toyota lagi;

“Ada risiko mencabul undang-undang pertukaran asing dan bergantung kepada destinasi eksport, ia mungkin membawa masalah besar yang mengancam keselamatan global.”

Bagaimanapun, kumpulan pengganas pasti ada saja cara untuk mendapatkan kenderaan kegemaran mereka itu.

SUV buatan Toyota turut menjadi kenderaan pilihan agensi kemanusiaan seperti pasukan Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sejak empat dekad lalu, Toyota sudah membekalkan 150,000 unit kenderaan kepada PBB.

Kenderaan digunakan pasukan bantuan atau kecemasan di kebanyakan negara membangun juga boleh boleh jatuh ke tangan pengganas dalam pelbagai cara sama ada dicuri atau dibeli daripada pencuri dan penjual tidak sah.

Berita Penuh : https://pandulaju.com.my/kenapa-taliban-suka-sangat-trak-pikap-toyota/?

BACA JUGA : Beri kelonggaran, varian delta antara punca kes kembali meningkat