Ini realiti mengapa kerjasama Umno-Bersatu adalah mustahil

Ini realiti mengapa kerjasama Umno-Bersatu adalah mustahil

Kerusi tradisi Umno sebanyak 121 kerusi. Kalau boleh nego pun, paling banyak Umno boleh bertolak ansur mungkin dia boleh kurangkan jadi 97 kerusi. Tinggallah 24 lagi kerusi Melayu untuk PAS dan PPBM berebut.

Sebijak mana pun para perunding yang dihantar untuk berunding oleh Umno, PAS, dan Bersatu saya tak nampak jalan ianya boleh diselesaikan. Itu baru kerusi parlimen, belum lagi kerusi DUN.

Dari segi retorik memang senang dan sedap bercakap tentang ‘perpaduan ummah’, tetapi apabila berhadapan dengan realiti dan persoalan yang sebenar, baru tahu langit tinggi rendah.

Politik tetap politik. Sifir politik berkisar tentang persoalan kuasa. Perkiraan kuasa mengatasi segala pertimbangan lain.

Di zaman kegemilangan Islam dulu, baik dibawah Umayyah, atau Abbasiyyah, atau Seljuk, atau Ayyubiyyah, atau Mamluk, atau Uthmaniyyah … adik beradik dan ahli keluarga berbunuhan antara satu nama lain untuk merebut takhta pemerintahan.

Apalah sangat perpaduan antara Umno, PAS, dan Bersatu sekarang berbanding hubungan talian darah dan keluarga pada zaman itu.

Sumber :