Ini rahsia mengapa kereta ‘second’ dari Jepun berkualiti

Ini rahsia mengapa kereta ‘second’ dari Jepun berkualiti

Bila bercakap pasal kereta “second hand” dari Jepun, mesti kita akan terbayang kualitinya yang bagus dan mileage kereta yang rendah. Mileage rendah tu memang betul tau, bukan diorang adjust ke apa.

Tapi kenapa?

Di Jepun, terdapat sesuatu yang dipanggil “Shaken Law”.

Shaken ni lebih kurang macam pemeriksaan untuk memastikan hanya kereta yang benar-benar dalam keadaan baik saja layak berada di atas jalan raya.

Benda ni penting untuk kurangkan risiko kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan dari fungsi kereta itu sendiri macam brake tak berfungsi dan sebagainya.

Jadi tak hairanlah kalau kemalangan jalan raya kat Jepun ni agak rendah, iaitu sekitar 2.18 untuk setiap 100,000 penduduk pada tahun 2020 berbanding Malaysia, 14.48 untuk 100,000 penduduk pada tahun yang sama.

Shaken perlu diperbaharui setiap 2 tahun. Ini bermakna, setiap 2 tahun, setiap kereta di Jepun akan diperiksa keadaannya secara menyeluruh. Kereta yang gagal dapat shaken akan di tampal sticker berwarna merah dan kereta ini tidak dibenarkan berada di atas jalan raya.

Yang menjadi isu, semakin lama usia kereta, semakin tinggi kos nak buat shaken, mungkin boleh mencecah sehingga 100,000 yen (RM4k) atau lebih. Bayangkan nak perbaharui shaken pun dah RM4k tak masuk kos lain-lain lagi.. jadi lebih baik la beli kereta baru je, ye tak? 😅

Itu sebabnya biasanya kereta-kereta dekat Jepun ni akan dijual selepas 4-5 tahun jadi mileage pun masih rendah lah.

Sebab yang lain, kebanyakan orang Jepun terutama yang tinggal di bandar banyak menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta.

Bayangkan kalau parking di Tokyo contohnya, boleh mencecah 1500 yen/jam (RM60), kalau parking 2-3 jam.. tak ke boleh cecah RM180 untuk parking sahaja? Sebab tu lebih ramai pilih untuk guna pengangkutan awam saja berbanding kereta di bandar besar, tapi pengangkutan awam kat Jepun ni pun sangat efisyen, jadi tak ada isu sangat lah dekat situ.

Itulah.. kalau nak cerita pasal kereta kat Jepun ni memang banyak benda nak tulis, tapi yang paling penting kita tak guna admin.

Sumber :