Ini puncanya mengapa Malaysia hujan lebat hingga banjir, rupanya baru permulaan

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Menurut Facebook jabatan berkenaan, amaran buruk dikeluarkan membabitkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

Selain itu, tahap waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sehingga kini, sebanyak 1,766 orang daripada 428 keluarga menjadi mangsa banjir setakat pukul 8 pagi manakala sebanyak 46 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 12 daerah telah buka bagi menempatan mangsa banjir.

hujan

Sementara itu, hujan yang lebih lebat dan ribut dijangka melanda Malaysia dan Indonesia berdasarkan ramalan pakar meteorologi.

Ini kerana, berdasarkan gambaran stelite yang ada, ribut taufan semalam melanda laut berhadapan Vietnam dan Kemboja manakala Malaysia dan Indonesia baru terkena ‘ekor’ dari ribut tersebut.

BACA JUGA :

Amaran hujan lebat peringkat merah di Lembah Klang

[VIDEO] 9 beranak maut dalam nahas babit 3 kereta, sebuah treler

Gara-gara putus cinta, lelaki tidur atas menara 80 meter

Artikel ini disiarkan pada 19/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)