Ini penderhakaan yang besar, kata Zahid

Ini penderhakaan yang besar, kata Zahid. Kerajaan Perikatan Nasional dilihat melakukan “penderhakaan yang cukup besar ke atas rakyat.

Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja” susulan keputusannya membatalkan Ordinan Darurat tanpa mendapatkan perkenan Istana Negara, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tidak pasti mengapa kerajaan PN sanggup melanggar keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang ke tahap itu.

“Namun timbul desas-desus kerajaan PN mahu mengelak Ordinan Darurat daripada diungkaikan di Dewan Rakyat. Seolah-olah ada sesuatu cuba diselindungi,” katanya di Facebook.

Tidak perlu tunggu hari Isnin untuk dapat penjelasan kerajaan PN sama ada pembatalan Ordinan Darurat sebelum Parlimen bersidang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong sendiri melalui satu kenyataan disiarkan oleh Istana Negara hari ini mengesahkan Baginda tidak tahu menahu mengenai tindakan pembatalan oleh kerajaan PN tersebut.

penderhakaan

Maka sudah terang lagi bersuluh wujud elemen “seperti kaduk naik junjung” oleh mereka yang sedang menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan ketika ini.
Ada empat perkara utama dalam titah Baginda berhubung perkara tersebut hari ini:

Pertama Yang di-Pertuan Agong berasa amat dukacita bahawa kerajaan PN telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyurkan Baginda walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Kedua Yang di-Pertuan Agong dukacita kerana yang dipersetujui dan diperkenankan Baginda semasa Menteri PN dan Peguam Negara mengadap Baginda secara maya (online) pada 24 Julai lalu tidak dilaksanakan.

Iaitu pembatalan semua Ordinan Darurat mesti dibentang dan dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu bagi tujuan diungkaikan.

Ketiga Yang di-Pertuan Agong bertitah kenyataan yang dibuat Menteri kerajaan PN di Parlimen pada 26 Julai lalu tidak tepat dan telah mengelirukan anggota Dewan Rakyat.
Keempat Yang di-Pertuan Agong bertitah tindakan membatalkan Ordinan Darurat tanpa pembentangan di Parlimen gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang malah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda.

Kesimpulannya kerajaan PN dilihat telah melakukan penderhakaan yang cukup besar ke atas rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja.

Kita tidak pasti mengapa kerajaan PN sanggup melanggar keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang ke tahap itu.

Namun timbul desas desus kerajaan PN mahu mengelak Ordinan Darurat daripada diungkaikan di Dewan Rakyat. Seolah-olah ada sesuatu cuba diselindungi.

Apapun ini antara sebab kita kata kerajaan PN gagal. Gagal menjaga rakyat dan negara daripada kesan buruk pandemik. Gagal menjunjung kedaulatan undang-undang dan institusi raja-raja.

Dan sebab itu UMNO sebelum ini memutuskan menarik balik sokongan kepada ketua kerajaan PN dan menuntut Perdana Menteri digantikan oleh individu lain yang lebih berkemampuan

Sumber:

jika Terlepas: Panas !!! Sidang parlimen tangguh lagi, Muhyiddin masih tidak kelihatan

COMMENTS

Wordpress (0)