“Ini lah contoh bapa terbaik”, gaya Dr Sheikh handle 6 anak berseorangan terima pujian netizen. Bukan mudah bagi seorang bapa untuk menguruskan anak yang ramai tanpa seorang isteri atau ibu. Hanya bapa yang benar-benar melibatkan diri dalam menguruskan anak-anak setiap hari mampu menjaga anak dengan tenang. Bahasa mudah, bapa yang dah pro dan tahu perangai anak-anak!
Tidak pelik di zaman moden ini untuk melihat para bapa menjaga anak-anak malah ada para bapa yang lebih ‘perfectionist’ dalam menjaga anak-anak berbanding si ibu. Sama seperti angkasawan pertama negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang berkongsi sebuah video pendek suasana beliau serta anak-anak berbuka puasa tanpa Dr. Halina yang terpaksa bertugas ketika itu.
Berbuka Tanpa Ibu
“Dr Halina kerja sampai Malam pulak. So here I am Iftar with the kids.”
Menurutnya, video ini di ambil dan dihantar pada Dr. Halina untuk memberitahu semuanya dalam keadaan yang baik di bawah jagaan Dr. Sheikh. Sekurang-kuranya hati seorang ibu akan tenang setelah melihat semuanya dalam keadaan baik.
“Sending this video to Mommy telling her that all is good .Hoping she has a quiet night tonight.”
View this post on Instagram
BACA:
Cara mohon bantuan kewangan BKPKK RM1,800, jangan terlepas
Ibu bapa arwah mangsa basikal lajak perlu diheret ke mahkamah, kata peguam
Bella disumbat hampir 1,200 biji cili dalam mulut, kata saksi