Ini DIY cara buat susu pekat manis sendiri, senang je!

Ini DIY cara buat susu pekat manis sendiri, senang je! Susu pekat manis antara bahan yang mesti ada di rumah. Kalau ramai ahli keluarga yang jenis suka bancuh teh tarik stok susu ini kena sentiasa ada.

Tapi kalau nak jimat bajet, boleh saja hasilkan sendiri. Proses buat cuma tiga minit dan hasilnya macam yang dijual di pasaran.

Kalau nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zan Zafirah Zainal

Ini DIY cara buat susu pekat manis sendiri, senang je!

3 bahan saja
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula (raw sugar boleh kurangkan kuantiti untuk kurangkan manis)
  • 2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

Cara buat:

  1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
  2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender seketika.
  3. Susu pekat yang dah siap kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk baru akan jadi pekat).

Susu ini sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain macam susu pekat manis yang biasa kita beli. Selamat mencuba.

Tonton:

Baca:

Iphone dan Samsung tidak boleh terima 5G di Malaysia, ini penjelasan DNB

“Hancur hati bila tahu diri sendiri anak luar nikah selepas 35 tahun, ibu curang rupanya”

Isteri tangkap suami curang di roadblock polis, ini yang terjadi…

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)