Ini darurat mahu selamatkan Muhyiddin, bukan rakyat – Mohamad Sabu

Ini darurat mahu selamatkan Muhyiddin, bukan rakyat – Mohamad Sabu

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berpendapat dakwaan selama ini yang mengatakan bahawa darurat hanya menyelamatkan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin kini terbukti benar.

Presiden AMANAH itu berkata, jika sebelum darurat, negara merekodkan 600 kes positif Covid-19, namun selepas darurat dikuatkuasakan, angka melonjak sehingga 17,000 sehari.

Ini katanya membawa maksud, darurat yang dilaksanakan selama hampir lapan bulan ini tidak memberi manfaat kepada rakyat.

darurat

“Ertinya darurat ini sia-sia. Yang untung cuma Mahiaddin sebab dia selamat sampai sekarang.

“Bila rakan dia lompat maka cepat-cepat Perdana Menteri menghadap Agong mohon darurat. Ini menyelamatkan Perdana Menteri bukannya rakyat.

“Sebenarnya tidak perlu darurat untuk menghadapi masalah Covid-19. Kita ada NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara). Di situ boleh dikerahkan tentera, polis, bomba tanpa perlu isytihar darurat. Bila kita kata darurat untuk Perdana Menteri, tidak percaya.

“Sekarang (Ordinan) Darurat ditarik senyap-senyap, diam-diam. Ini yang kita lihat berlaku,” katanya dalam sidang Mesyuarat Khas Parlimen hari ini.

Untuk rekod, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa kerajaan sudah menarik balik semua Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu.

Pengumuman mengejut itu mengundang pertikaian dari blok pembangkang yang mempersoal mengapa pembatalan itu tidak diumumkan lebih awal.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/darurat-sia-sia-yang-untung-mahiaddin-kerana-selamat-sampai-sekarang/

BACA JUGA : Pejuang tegar antivaksin mati kerana Covid-19