Ini cara tukar kad Maybank online, tak payah lagi ke bank

Ini cara tukar kad Maybank online, tak payah lagi ke bank.Seperti yang diketahui, kad bank perlulah ditukar mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh bank masing-masing. Kebiasaannya, pihak bank akan beberapa kali memberi notis peringatan kepada pengguna mengenai tempoh luput kad tersebut.

Justeru, pengguna perlu menukarnya kerana ia mungkin tidak dapat digunakan lagi selepas tempoh tersebut. Tidak cuma itu, kad yang rosak juga perlulah ditukar dengan segera agar boleh melakukan transaksi seperti biasa.

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui atas talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN.

Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi online dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

Khusus untuk pengguna Maybank, SK kali ini akan berkongsikan cara menukarkan kad ATM/debit Maybank anda secara online.

Tak usah tunggu lagi, jom tengok caranya di bawah ini:

1. Log masuk Maybank2U

2. Pergi ke Settings

3. Pergi ke Cards

4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar

6. Pilih Replace Card

7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

cara

8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

10. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda. Semoga bermanfaat.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/04/tak-perlu-ke-bank-ini-cara-nak-tukar-kad-atm-maybank-yang-rosak-tamat-tempoh-secara-online/

BACA:Panas !!! Pemimpin Umno digantung keahlian, Asyraf Wajdi buka mulut