Kalau rumah yang sentiasa ada semut, mesti perasan sampai ke dalam lubang soket untuk plug pun ada serangga tersebut.
Kalau nak sembur racung serangga bimbang pula jadi litar pintas, jadi pula masalah lebih besar nak tukar pendawaian eletrik yang baru.
Seorang Pakar Kawalan Serangga perosak, Khairun Naim berkongsi sebab dan cara mengatasi masalah semut di kawasan plug.
“Semut ni ada di rumah kita kerana dua sebab iaitu tempat perlindungan dan nak cari sumber makanan.
“Dalam rumah kita ni laluan paling selamat untuk semut adalah melalui soket di rumah sebab ia akan membenarkan mereka untuk ke mana-mana bahagian rumah.
“Disebabkan semua laluan pendawaian eletrik ini berada disebalik dinding maka kita tak nampak pergerakan semut ini,” ujarnya dalam satu video di TikTok.
“Cara untuk atasi masalah semut dalam soket ini adalah mudah, cari gel racun serangga di mana-mana kedai atas talian.
“Jangan gunakan semburan racun serangga bersifat air pula sebab boleh menyebabkan litar pintas, makan kos untuk tukar semua pendawaian elektrik dalam rumah,’ tambahnya.
Cara buang semut dari soket
Beli racun semut jenis gel.
Titik antara dua ke tiga titis di kawasan soket yang dikerumuni semut.
Semut akan makan gel tersebut dan balik ke sarang dia.
Dengan cara ini, kita boleh singkirkan semua kroni semut dengan lebih efisyen.
Baca juga: Kerajaan Perancis umum jual rumah RM5 untuk rakyatnya