Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11

Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11. kareta duduk bersama Tomoyuki Yamagami, Ketua Projek untuk Civic Generasi ke-11 dari Honda Jepun dan juga dengan Muhammad Zakwan Abd Zubir, ketua produk untuk Civic Generasi Ke-11 untuk pasaran Malaysia.

Di bawah adalah antara intipati yang dapat kami kupaskan.

ya, Civic ketam kegemaran ramai!

1. Honda Malaysia menjual lebih dari 66,000 unit Civic Generasi Ke-10. Kerana itu, ia yakin Civic Generasi ke-11 akan menjadi popular juga.

2. Fokus utama untuk Civic baharu ada tiga: Pemanduan yang lebih dinamik (lebih seronok untuk dipandu), perasaan luas terbentang (untuk kabin) dan kerangka dengan titik graviti lebih rendah (stabiliti).

 

3. Civic Gen-11 mempunyai tapak roda (wheelbase) yang lebih panjang untuk menjadikan ia lebih stabil di atas lebuhraya dan mengurangkan masalah bergoyang ditiup angin lintang.

4. Honda juga mengurangkan ruang antara badan dan roda untuk memastikan roda boleh ditolak semaksimum mungkin agar tapak Civic ini lebih lebar dan mendapat stabiliti yang terbaik.

Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11

5. Tindakbalas stereng juga diperbaiki agar lebih telus dan cepat.

6. Ujian pengendalian Civic Gen-11 dilakukan dengan membandingkan ia dengan Volkswagen Golf dan Audi A3/A4.

Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11

7. Civic Gen-11 varian pasaran Malaysia mempunyai kuasa maksimum yang paling berkuasa di dunia (sama seperti US) – 182PS dan 240Nm. Ia adalah 9PS dan 20NM lebih tinggi dari pasaran Thailand dan Indonesia. Menurut kata Yamagami, ini ialah kerana Thailand menggunakan bahan api E85 gasohol dan kerajaan Thailand mahu semua enjin petrol di sana boleh menggunakan bahanapi E10 minimum. Indonesia pula mengimport Civic mereka dari Thailand. Bahanapi Malaysia memungkinkan kita mendapat talaan enjin yang lebih baik.

8. Walaupun enjin yang digunakan adalah sama dengan enjin 1.5l VTEC Turbo pada Civic Gen-10, ada beberapa perubahan dilakukan untuk meningkatkan prestasinya. Komponen pada turbocharger adalah antara pembaharuan dilakukan dan memastikan ia lebih responsif.

9. Komponen takungan minyak pelincir (oil pan) menerima bahan yang lebih kukuh dan aci engkol pula mendapat diameter yang lebih besar kerana Honda mahu mengurangkan kadar NVH (Bising, Gegaran dan Kekasaran) pada Civic Gen-11 ini.

Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11

10. Civic Gen-11 Malaysia menggunakan roda aloi saiz 18-inci (untuk RS), lebih besar dari pasaran Thailand dan Indonesia kerana kualiti jalanraya yang lebih baik.

11. Saiz roda yang berbeza di antara varian-varian Civic Gen-11 ini juga membabitkan talaan sistem stereng EPS. Ini bermakna, jika anda menambah saiz tanpa menukar tetapan EPS, akan ada perbezaan pada pengendalian.

12. Sistem transmisi Earth Dreams CVT pula mempunyai kebolehan untuk mengadaptasi talaannya menurut keadaan jalanraya – contohnya untuk laluan berliku atau di atas litar, ia akan menukar talaan secara automatik untuk memastikan prestasi pemanduan yang lebih dinamik.

Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11

13. Ruang but Civic Gen-11 adalah bersaiz 497L, lebih besar dari Gen-10.

14. Sistem keselamatan Honda Sensing adalah standard untuk ketiga-tiga varian dan ia mempunyai 9 ciri-ciri terkini.

Civic

15. Sistem Apple CarPlay dan Android Auto adalah standard untuk semua, tetapi skrin 9-inci, Apple CarPlay nirwayar dan Honda Connect hanya untuk varian V dan RS sahaja.

16. Halaju maksimum ketiga-tiga varian ialah 200 kmsj.

17. Varian E mempunyai pecutan 0-100 kmsj yang paling pantas – 8.3 saat. Varian V pula 8.4 saat dan RS pula 8.5 saat.

 

Civic

18. Penggunaan bahanapi untuk varian E dan V ialah 5.8L/100km dan RS pula 6.1L/100km – membuktikan perbezaan tayar memainkan peranan penting dalam penggunaan bahan api (E menggunakan tayar 215/55 R16, V pula 215/50 R17 dan RS menggunakan tayar 235/40 ZR18).

19. Harga untuk Civic 1.5 VTEC Turbo generasi ke-11 ialah:
Civic E – RM125,635
Civic V – RM138,043
Civic RS – RM144,350

Memang jauh lebih mahal dari dahulu dan sudah tidak ada lagi varian enjin 1.8L tetapi ini ialah sedan segmen C paling berkuasa di dalam julat harganya.

Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11

Civic

Tepuk dada, tanya selera!

BACA JUGA : Filem Tun Perak bakal tampilkan Shah Rukh Khan
Wanita terkejut kena caj hampir RM6,000 sebab parking kereta satu jam
Jangan ‘sengaja’ mahu dijangkiti Omicron untuk bina imuniti, sila ambil dos penggalak – KJ

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)