Ini 10 perkara penting keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Najib

Ini 10 perkara penting megenai keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Rayuan terhadap bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini 10 perkara penting keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Najib

Pertama.
Najib kekal bersalah, hukuman 12 tahun penjara dan denda RM 210 juta kekal.

Kedua.
Ianya memalukan negara.

Ketiga.
Tidak ada kecacatan dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan.

Keempat.
Najib berkuasa penuh dalam SRC.

Kelima.
Tidak ada perkaitan langsung RM 42 juta dengan derma Pak Arab.

Keenam.
Tidak ada bukti wang itu diderma oleh Pak Arab.

Ketujuh.
Najib tahu duit itu adalah dari sumber haram dan melalui cara salah.

Kelapan.
Najib tahu duit itu dimasukkan dari sumber SRC.

Kesembilan.
Duit yang masuk itu diguna Najib untuk perbelanjaan peribadi dan tujuan politik.

Kesepuluh.
Najib mengawal dan mengarah kesemua aktiviti berkenaan SRC semasa beliau sebagai Pengarah SRC, pada masa yang sama Menteri Kewangan dan selaku Perdana Menteri.

BACA JUGA : Terbukti ‘Derma Arab Saudi’ hanyalah rekaan Najib
Najib didapati bersalah, ini komen padu Tun M
Terkini !!! Sah Najib salahguna kuasa dalam kes SRC International, kata mahkamah

Artikel ini disiarkan pada 08/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)