Sebut sahaja Gmail, pastinya semua mengetahui kewujudan penggunaan ciri yang ditawarkan oleh Syarikat Teknologi, Google ini.
Setelah sekian lama menapak dalam era teknologi maklumat, Gmail digunakan secara meluas dalam bidang pekerjaan, permainan video bahkan untuk mendaftar mana-mana platform media sosial.
Menurut laporan SignHouse, pada 2022, Gmail mencatatkan lebih 2.1 bilion pengguna aktif aplikasi itu
Meskipun jumlahnya yang banyak, namun tidak semua pengguna tahu cara menggunakan Gmail dengan betul.
Oleh itu, hari ini akan berkongsi 10 cara bagaimana menggunakan Gmail dengan betul. Jom ikuti perkongsian di bawah.
Cara Guna Aplikasi Gmail
1.Undo E-mel Yang Anda Hantar
Macam mana nak undur semula e-mel yang telah dihantar? Caranya mudah sahaja.
Pertama, anda perlu pergi ke ikon ‘Tetapan’ pada bahagian kanan atas.
Kedua, klik “lihat semua tetapan” atau See All Settings dan pergi pada bahagian umum (General).
Ketiga, cari tulisan tertera “Undo Send” untuk menetapkan masa selepas e-mel dihantar. Ubah dari 5 saat kepada 30 saat (atau ikut pilihan anda).
2. Cara Buang E-mel Promosi
Sebagai pengguna Gmail, pastinya anda mahukan e-mel yang diterima mempunyai kepentingan dan mempunyai nilai. Percampuran dengan e-mel promosi kadangkala boleh membuatkan kita terlepas pandang e-mel penting.
Jadi, bagaimanakah cara untuk melenyapkan e-mel promosi ini? Senang je, ikuti 3 langkah berikut;
Pertama, taip “unsubscribe” pada ruangan carian Gmail.
Kedua, pilih semua e-mel dengan tanda “unsubscribe”.
Ketiga, setelah selesai menanda e-mel, klik padam pada ikon tong sampah di atas untuk memadam semua e-mel.
3. Cara Menghantar Privasi E-mel (Confidential E-mail)
Tahukah anda? sebenarnya e-mel sulit boleh dinyahkan ciri-cirinya seperti menyalin, mencetak dan dimuat turun oleh penerima.
Begini caranya, untuk menggunakan ciri ini,
Pertama, anda perlu pergi ke ikon tetapan pada bahagian kanan atas.
Kedua, klik “lihat semua tetapan” atau See All Settings dan pergi pada bahagian Luar Talian (Offline).
Ketiga, klik pada benarkan e-mel luar talian atau Enable Offline Mail. Kemudian klik pada simpan data luar talian pada komputer saya (keep offline data on my computer).
Keempat, untuk mengaktifkannya, tekan pada simbol ‘kunci’ semasa menghantar e-mel baharu.
4. Semak Gmail Luar Talian Anda
Pengguna juga boleh mengaktifkan mod Gmail di luar talian dengan cara berikut;
Pertama, log masuk ke akaun Gmail anda.
Kedua, klik pada ikon tetapan dan lihat semua tetapan” atau see all settings.
Ketiga, klik pada luar talian (Offline) kemudian dayakan untuk lebih banyak pilihan.
5. Gunakan Gmail Dengan Shortcuts Papan Kekunci
Berikut adalah fungsi gabungan papan kekunci pada aplikasi Gmail;
Shift + I untuk tanda sudah dibaca.
Tombol Window atau Ctrl + Enter untuk menghantar e-mel.
Tombol Window atau Ctrl + K untuk memasukkan pautan.
Tombol C untuk mengarang (compose).
Tombol / untuk carian e-mel.
Tombol D untuk mengarang pada tab baru.
Shift + Ctrl + B untuk menambah penerima e-mel atau dipanggil Salinan Karbon Buta (Blind Carbon Copy atau BCC)
6. Cara Hantar E-mel Kemudian
Nak nampak anda masih bekerja hingga 10 malam? Ha meh. Gmail sebenarnya menawarkan ciri-ciri e-mel kemudian atau email later.
Ciri ini membolehkan pengguna menetapkan masa untuk penghantaran e-mel.
Pertama, ketika e-mel siap untuk dihantar, lihat pada tombol ‘Hantar’. Terdapat satu anak panah di sebelah kanan dan klik.
Kedua, anda akan boleh membuat penjadualan e-mel.
Ketiga, pilih tarikh dan masa yang anda inginkan.
Mudahkan? Lepas ni senanglah nak schedule awal-awal, tak perlu lagi buka laptop lewat malam.
7. Tunda atau snooze E-mel
Mungkin sesetengah e-mel mempunyai tarikh dan kepentingan yang berlainan waktu. Tentunya anda akan mendahulukan e-mel yang memerlukan keutamaan dalam tempoh terdekat.
Bagi e-mel lain, anda boleh menundanya dan membuat peringatan untuk kemudian,
Macam mana nak buat?
Pertama, klik pada mana-mana e-mel yang ingin anda tunda. Kemudian klik pada ikon jam pada bahagian atas.
Kedua, pilih berapa lama anda ingin menunda e-mel tersebut.
Ketiga, e-mel tersebut bakal muncul semula dalam kotak e-mel pada tarikh yang telah ditetapkan.
8. Penggunaan Jenis Label
Pengunaan label pada aplikasi Gmail sangat efektif untuk mengorganisasikan e-mel anda.
Dengan ini, anda dapat membuat pembahagian e-mel dengan lebih mudah mengikut bidang seperti pekerjaan, peribadi mahupun pelancongan serta permainan.
Caranya mudah sahaja;
Apa yang anda perlu lakukan, lihat pada barisan bar peralatan “toolbar” dan cari “label”.
Kemudian klik “Labels” untuk mencipta label baharu. Langkah ini sama seperti mencipta folder baharu.
9. Cipta Template
Tahukah anda? Gmail juga memberikan kemudahan untuk pengguna mencipta template.
Penawaran ciri ini membolehkan pengguna untuk mencipta template e-mel untuk digunakan pada kemudian hari. Pengguna boleh mencipta template mengikut kesesuaian acara atau program.
Perkara ini memudahkan proses e-mel sekaligus menjimatkan masa anda. Tapi bagaimana langkahnya ?
Pertama, pergi ke bahagian mengarang e-mel (compose) dan masukkan teks yang anda ingin gunakan sebagai template e-mel.
Kedua, klik pada tiga titik pada menu dan klik Templates.
Ketiga, klik pada simpan draf sebagai template dan selesai.
Gambar: Grema Yahaya AlHaji
10. Arkibkan E-mel Penting (Jangan Padam)
Lambakan e-mel kadang-kala membuatkan kita berasa ingin memadam semua e-mel yang tidak lagi berkepentingan. Namun, kadangkala kita cenderung memadamnya bersama e-mel yang penting secara tidak sengaja.
Tentunya kita sebagai pengguna tidak mahu perkara ini berlaku kerana ia boleh memberikan masalah khususnya melibatkan perkerjaan.
Oleh itu, pengguna boleh memastikan e-mel penting mereka selamat dengan melakukan arkib (archive). Ikuti langkahnya di bawah;
Pertama, klik pada e-mel yang ingin anda arkibkan.
Kedua, kemudian cari ikon peti anak panah ke bawah di bahagian atas dan klik.
Mudahkan? Barulah e-mel penting anda lebih selamat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
BACA: Hati-hati kutip duit syiling tepi jalan, ini yang bakal berlaku dalam rutin harian anda
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio