Ingkar SOP : KKM kompaun Khairuddin RM 1000 sahaja

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali.

Menurut KKM, ia setelah Khairuddin didapati bersalah menurut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai 2020. Sampel asopharyngeal swab petama telah diambil pada hari yang sama dan dia didapati negatif. Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

“Oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepadanya pada 7 Ogos 2020 dan dia telah menjelaskan kompaun tersebut,” menurut kenyataan itu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/539616

COMMENTS

Wordpress (0)