Muharram, bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah), adalah antara bulan yang amat istimewa.
Ia dimuliakan kerana termasuk dalam empat bulan haram di mana perang diharamkan bagi umat Islam.
Bukan itu sahaja, bulan Muharram juga mendorong umat Islam untuk meningkatkan puasa sunat kerana ganjarannya amat besar.
Berbicara mengenai tahun baharu Islam, pernahkah anda terfikir mengenai umur anda dalam tahun Hijrah?
Bagaimana untuk mengetahuinya?
Jangan bimbang, aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mungkin boleh membantu anda.
Melalui perkongsian rasmi di Facebook, JAKIM memberikan panduan kepada orang ramai untuk memeriksa umur menggunakan Kalkulator Umur Miladi-Hijri melalui portal e-Falak JAKIM. Anda boleh klik DISINI.
Caranya mudah, masukkan tarikh lahir anda dan tekan tukar.
Setelah menekan tukar, anda akan mengetahui umur anda dalam Tahun Hijrah. Selamat mencuba.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio