Individu pernah dijangkiti Covid-19 ‘tidak kebal’ varian Omicron

Individu yang pernah dijangkiti Covid-19 didapati masih berisiko dijangkiti varian Omicron, walaupun vaksinasi masih berkesan mengekang gejala serius.

Pakar penyakit berjangkit, Anne von Gottberg berkata, pihaknya percaya jangkitan sebelum ini tidak melindungi seseorang daripada dijangkiti varian Omicron.

Berdasarkan kajian awal berkaitan varian berkenaan, doktor mendapati ‘peningkatan jangkitan berulang Omicron’.

Individu pernah dijangkiti Covid-19 'tidak kebal' varian Omicron

GAMBAR HIASAN

Dalam sidang media bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Afrika, katanya pihaknya percaya jumlah kes akan meningkat di semua wilayah di negara berkenaan.

“Kami juga percaya vaksin masih berupaya melindungi individu daripada jangkitan serius, kemasukan ke hospital dan kematian,” katanya.

Varian baharu itu mula dilaporkan awal minggu ini dan kini mula menular merentasi benua.

Pakar WHO berkata, kerajaan di seluruh dunia perlu menimbang semula larangan perjalanan dari selatan Afrika, memandangkan Omicron sudah dilaporkan berada di lebih 10 negara dan asal usulnya masih belum diketahui.

“Afrika Selatan dan Botswana mengesan varian ini. Kami tidak tahu dari mana ia datang. Tidak adil untuk menghukum kami kerana menjadi yang paling awal mengesan dan melaporkannya,” kata pakar, Ambrose Talisuna.

Pada pertengahan November, Afrika Selatan melaporkan sekitar 300 kes jangkitan sehari. Namun, pada Rabu, ia mencatatkan 8,561 kes baru, berbanding 4,373 kes sehari sebelumnya.

BACA JUGA : Gempar !!! Gunung Fuji bakal meletus “trending” di Twitter
32 pelajar, pensyarah Kolej Matrikulasi positif Covid-19

Artikel ini disiarkan pada 03/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)