Individu balik umrah sila patuhi kuarantin, jangan duk ‘salam berkat’ – KJ

Individu balik umrah sila patuhi kuarantin, jangan duk ‘salam berkat’.“Mungkin ada nak salam ambil berkat, akhirnya salam ambil Omicron,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung kebimbangan sekiranya tidak mematuhi kuarantin di rumah boleh merisikokan penularan jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron.

Beliau berkata, berdasarkan data kes-kes baharu jangkitan Covid-19 varian Omicron dilaporkan pada 23 dan 24 Disember lalu, sebanyak 30 kes daripada 49 kes varian Omicron melibatkan individu yang pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.

“Kita dapati sebahagian besar mereka tidak patuh dengan pengasingan ahli keluarga. Mereka akan balik bergaul dengan ahli keluarga, rakan serta akan menerima tetamu jiran tetangga.

“Justeru, saya harap ia dapat dipatuhi (kuarantin di rumah) sebab ini serius. Kita beri kemudahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebab kita dah buat keputusan hidup dengan Covid-19, jadi kita nak mudahkan tak perlu hantar ke stesen kuarantin dan sebagainya.

“Hal ini kerana ia menelan belanja dan kita benarkan HSO. Sehubugan itu, patuhlah dengan mengasingkan diri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Individu balik umrah sila patuhi kuarantin, jangan duk 'salam berkat'

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan menyarankan supaya mereka yang ingin menunaikan umrah untuk mengambil dos penggalak termasuk mereka yang mahu ke luar negara.

“Sudah pasti umrah susah untuk menjaga penjarakan, jadi kita nasihatkan terutama warga emas bagi dapatkan dos penggalak untuk ke umrah atau mana-mana luar negara.

“Justeru, mereka yang pulang dari Arab Saudi pada minggu depan adalah tertakluk pelaksanaan nanti iaitu pemakaian peranti pengesanan digital untuk memastikan mereka patuh duduk di rumah,” katanya.

Tambah beliau, mereka yang pulang daripada umrah juga diminta tidak keluar dari bilik serta elakkan bergaul dengan keluarga dan elakkan menerima kunjungan saudara-mara yang ingin ‘mengambil berkat’ sekali gus perlu tunggu sehingga tamat kuarantin.

Susulan laporan kes Omicron dari Arab Saudi, beliau berkata, negara tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi bermula minggu depan.

Pada masa ini terdapat sembilan negara berisiko tinggi yang memerlukan pengembara ke Malaysia memakai peranti pengesanan digital iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, Australia, Perancis, Norway, Kanada, India dan Nigeria.

BACA JUGA:

Banjir di Mentakab : Bumbung rumah pun sudah mula tidak kelihatan lagi
Mengejutkan !!! Fosil lipan saiz kereta ditemui

Artikel ini disiarkan pada 25/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)