Imam masjid dapat surat cinta dari makmum wanita lepas solat, sekali ini yang jadi

Oleh INFORAKYAT

Imam masjid dapat surat cinta dari makmum wanita lepas solat, sekali ini yang jadi.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai cerita seorang wanita yang sanggup datang ke surau semata-mata ingin memerhatikan seorang imam tetapi rupa-rupanya imam tersebut merupakan suami kepada wanita itu.

Namun, lain pula kisah yang terjadi kepada pemuda ini apabila dia menerima sepucuk surat daripada seorang wanita yang tidak dikenali.

 

Imam masjid dapat surat cinta dari makmum wanita lepas solat, sekali ini yang jadi

Imam Tarawih dapat surat cinta

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hakim Arrazali di TikTok, menceritakan bahawa dia baru sahaja selesai menjadi imam bagi solat Tarawih di salah satu surau berhampiran rumahnya.

Hendak dijadikan cerita, dia terkejut apabila menerima sepucuk surat dalam raga motosikalnya yang diparkir di surau berkenaan. Bukan itu sahaja, kandungan surat misteri itu turut terisi wang sebanyak RM50.00.

Nak tanya imam-imam Tarawih pernah dapat macam ni tak?

Lebih mengejutkan lagi apabila peminatnya itu meluahkan keinginan untuk berkenalan dan mengenali hati budi masing- masing. Dalam pada itu, wanita berkenaan ingin menjadikannya sebagai suami sekiranya lelaki tersebut sudi menerimanya.

@hakim_arrazali Jaga Hati Jaga Iman Ya😁,Allah dah tetapkan semua☺️ #hakimarrazali ♬ original sound – Hakim Arrazali

Susulan daripada itu, Hakim menasihatkan supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya mempermainkan hati mahupun menerima perasaan ‘si dia’ sekiranya hati dan diri masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikahi). Jangan sesekali guna cara yang haram (couple). Jangan halalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.

Nasihat saya andai kamu belum bersedia untuk menikahi jangan cuba-cuba untuk mendekati. Tak salah dia mencuba tapi janganlah kamu mengambil kesempatan atas harap si dia.

BACA :

Dah macam ajaran sesat pula! Ustaz selebriti minta pentaksubnya cium kaki tanda ‘wala’

Rupanya 10 artis ini bekas Ratu Cantik Malaysia, no.8 tu paling ‘legend’ ada yang kenal ke?