Idris Haron cadang PH bekerjasama dengan PN

Bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron mencadangkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu perlu bersatu jika ingin menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan Malaysiakini, Idris percaya bahawa PH memerlukan “wow factor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bekas pemimpin Umno yang kini bersama PKR itu dalam satu wawancara berkata, “Kena ada satu wow factor, mesti ada sesuatu besar berlaku dalam PH. Saya lihat kalau PH pergi solo, kita mungkin hadapi kesukaran mendapat sokongan pengundi-pengundi yang ikut parti.

Idris Haron cadang PH bekerjasama dengan PN

“Jadi saya melihat wow faktor tu, salah satunya kalau ada kerjasama antara PH dan PN semula.”

Sebelum ini, Idris dipecat daripada Umno pada Oktober selepas dia dan tiga lagi Adun di Melaka menarik balik sokongan mereka terhadap ketua menteri ketika itu, Sulaiman Md Ali.

Bagaimanapun, rampasan kuasa itu gagal apabila Sulaiman menasihati Yang Dipertua Negeri Melaka untuk membubarkan dewan undangan negeri sekaligus menyebabkan pilihan raya mengejut diadakan.

Beliau bertanding atas tiket PKR ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tetapi gagal untuk memenangi semula kerusi DUN Asahan. Umno memperoleh kemenangan besar ketika PRN Melaka manakala PH hilang banyak kerusi yang dimenanginya pada 2018.

BACA JUGA :

Artikel ini disiarkan pada 17/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)