Idea guna logo PKR oleh Akmal perlu dibincang, bukan dimarah – Ketua Pemuda Amanah Kelantan

Idea guna logo PKR oleh Akmal perlu dibincang, bukan dimarah – Ketua Pemuda Amanah Kelantan

Kita tidak perlu marah dengan cadangan Yb Akmal Nasir berkenaan penggunaan logo KEADILAN dalam PRU15.

Kita tidak perlu bermusuh dengan cadangan & idea. Idea perlu dibincang dan dicerakinkan untuk mendapat satu keputusan yang terbaik untuk Pakatan Harapan.

Ambo secara peribadi mencadangkan supaya logo Parti Amanah Negara digunakan dalam PRU15 memandangkan hanya parti Amanah dalam Pakatan Harapan yang meletakkan islam dihadapan. Bersesuaian dengan negara kita yang meletakkan Islam itu agama persekutuan.

Ianya juga bagi mengelak fitnah kononnya Pakatan Harapan akan meminggirkan melayu & Raja-raja Melayu maka ambo melihat logo Amanah juga satu idea yang baik untuk digunakan pada pilihan raya yang ke 15.

Namun, ambo melihat penggunaan logo Pakatan Harapan seperti mana Pengerusi Pakatan Harapan guna pada pilihan raya kecil Port Dickson adalah idea yang terbaik. Maka adalah lebih baik kita terus menggunakan logo PH dan menguatkan Pakatan Harapan serta elakkan budaya abang long dalam Pakatan Harapan.

#kekallogoph

Sumber :