Datuk Fazley Yaakob, mengesahkan bahawa beliau telah bercerai dengan bekas isterinya,
Azrene Soraya Abdul Aziz, beberapa bulan yang lalu.
Menurut Fazley, keputusan itu diambil atas persetujuan bersama setelah 18 tahun bergelar suami isteri.
“Saya telah memfailkan perceraian beberapa bulan lalu dan tempoh idah telah pun tamat.
“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini,
tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fazley turut menyatakan bahawa hubungan dengan bekas isterinya masih baik dan tetap sama seperti ketika mereka mula-mula berkenalan dahulu.
BACA: Deposit rumah sewa 1+1, 2+1, 2+1+1, apa maksud semua ini?