Ibu tersalah bagi nama ‘babi’ kepada anaknya

Ibu tersalah bagi nama ‘babi’ kepada anaknya

Bagi setiap pasangan yang baru dikurniakan cahaya mata, pastinya memberikan nama anak yang baru ditimang menjadi pengalaman yang paling mencabar.

Jika tersalah memberi nama dengan mendatangkan maksud yang tidak baik, sudah pasti ia memberikan kesan psikologi kepada kanak-kanak pada masa depan.

Sebab itu, pemilihan nama anak perlu dilakukan dengan teliti supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

Ibu tersalah bagi nama 'babi' kepada anaknya

BUKU cerita kanak-kanak, Charlotte’s Web.

Kesilapan yang tidak disengajakan itu berlaku kepada seorang ibu yang baru melahirkan bayi kembar di negara ini.

Kembar pertama dinamakan dengan Oliver Lee manakala kembar kedua dinamakan dengan Wilbur Felix seperti nama watak babi dalam buku cerita kanak-kanak, Charlotte’s Web.

Ibu saudara bayi itu bimbang sekiranya kanak-kanak itu akan menjadi mangsa buli di sekolah disebabkan nama tersebut yang boleh mengundang pelbagai gelaran tidak baik.

Namun, kakaknya tidak menghiraukan masalah tersebut dan yakin dengan nama itu serta tidak akan mengubahnya.

“Dia tidak akan dibuli di sekolah kerana ramai kanak-kanak tidak tahu mengenai buku cerita tersebut,” kata kakaknya.

Berita Penuh : https://utusan.news/luar-negara/2021/09/ibu-tersalah-bagi-nama-anak-dengan-nama-babi/

BACA JUGA : Pesawat komersial pertama berjaya buat penerbangan dari Kabul