Hai assalamualaikum. Terima kasih jika confession aku disiarkan. Aku menulis dari sudut hati seorang anak.
Ayah aku disondol perempuan janda anak 2 ketika usia aku 10 tahun. Kalau ikut logik aku tak mengerti apa – apakan?
Tapi ibu – ibu jangan salah tekaan ya. Aku juga perempuan dan aku mengerti apa yang sedang berlaku.
Ibu tulang belakang ayah. Dari tiada apa – apa kepada ada segalanya. Ibu bekerja. Ada duit.
Di awal perkahwinan mereka, ibulah yang jadi banker dalam rumah tangga.
Alih – alih 12 tahun kemudian ibu dimadukan. Sudah tentulah, hati wanita pasti kecewa, s4kit, sedih, marah dan macam – macam lagi. Tapi apakan daya, lelaki memang dayus! Pentingkan diri!
Kau fikir nafsu kau jer nak menikah lebih, tapi ada kau fikir kesan dari tindakan kau tu akan memusnahkan banyak hati?
Sejak itu ibu yang lemah lembut jadi lebih garang. Balik jer kerja membebel kat anak – anak, marah kat anak – anak. Kakak aku mula member0ntak, adik – adik aku hanya melihat dan aku jadi seorang pend3ndam dan pembenci!
Aku sumpah betina penyondol hidupnya tak tenang sehinggalah kau datang pada kami dan meminta maaf atas kesalahan kau menyondol! Ya tidak dapat dinafikan lelaki memang mata keranjang. Suka melihat benda cantik. Sukakan c4baran, suka cipta masalah dalam keluarga.
Lagi mantap bila bertemu dengan penyondol yang selfish, demi nafsu sendiri, demi kebahagiaan sendiri, demi kepuasan sendiri, rela menggoda suami orang, ayah orang sehingga keluarga orang h4ncur! Kenapa mesti suami orang, kenapa mesti ayah orang? Dah takde duda atau bujang ke kau nak kacau.
Ke kau nak wanita lain s4kit hati sebagaimana kau s4kit hati diceraikan suami dahulu? Atau kau nak anak – anak lain rasa hidup d3rita tanpa ayah macam anak – anak kau rasa wahai penyondol? Sebab kau betina penyondol dan jantan yang pentingkan nafsu, aku, kakak dan adik – adik mula bencikan kehidupan ini.
Dunia kami tak seindah dunia anak – anak lain. Sejak itu ibu suka membebel, ayah on off ada rumah (yelah gilir kan dah kahwin lebih), kakak mula keluar malam, lepak sana sini dan aku cuba cool. Ibu balik jer kerja asyik nak marah, membebel. Memang dia akan marah, sebab dia penat. Penat bekerja, balik kena kemas rumah, jaga anak dan memasak.
Ayah aku mana? Sibuk layan bini muda. Sibuk layan anak tiri. Siapa ibu dan kami adik beradik di hati ayah. Kemain jaga janda, jaga anak tiri tapi isteri dan anak kandung terabai. Itukah yang Islam ajar? Ya ayah mampu dari segi duit tapi ayah tak mampu nak beIah cinta dan kasih sayang kepada 2 keluarga apatah lagi kepada kami adik beradik 7 jiwa.
Kesan negatif poligami, ibu tidak sebahagia dulu. Marah, benci disalurkan pada anak – anak. Ayah mula lepas tangan memimpin. Semuanya harapkan ibu. Dari bangun pagi sampai pagi esok 24 jam lah ibu yang uruskan segala – galanya. Ayah? No function!
Kakak mula keluar malam. Asal ayah takde kat rumah dia berani Iawan ibu dan keluar malam. Lepak sana sini. Dia member0ntak dengan memusn4hkan diri sendiri. Dia buat macam – macam hal untuk tarik perhatian ibu ayah. Hari – hari kakak g4duh dengan ayah, tengking ibu.
Jiwanya s4kit, jiwanya h4ncur, jiwanya terIuka. Dia meluah dengan tindakan yang meny4kitkan hati kami. M4kin parah dugaan ibu. Dah la ayah buat hal, anak pula penambah rasa. Ibuku murung namun dia memaksa diri untuk kuat.
Aku kesiankan kakak aku dan adik – adik aku. Kakak aku tak mampu Iawan rasa member0ntak dalam hati. Ibu yang tidak bahagia tidak mampu membahagiakan anak – anak. Kau bayangkan mana nak layan perasaan kecewa, mana nak layan ragam anak – anak. Habis perasaan kau sebagai wanita sape nak jaga. Itulah yang ibu aku lalui.
Aku diam dan dengar. Sejak itu, balik jer sekolah aku ambil alih tugas ibu. Aku jemur kain, aku angkat kain, aku basuh pinggan mangkuk gelas, aku kemas rumah dan aku cuba memasak apa – apa yang aku pandai. Ibu balik kerja lihat semuanya perfect kurang sikit dia membebel.
Maka amanlah sekejap rumah aku. Hari – hari aku buat benda yang sama sehinggakan aku penat. Petang ada aktiviti ko lagi, masa aktiviti ko inilah aku melepaskan beban di hati. Aku join macam – macam sukan dan aku buat sehabis baik sambil melemparkan rasa kecewa ke tengah padang sekolah.
Aku kecewa dengan ayah, dengan ibu, dengan kakak.. kenapa mereka tidak meIawan rasa di hati masing – masing. Ikutkan hati aku, aku pun nak member0ntak tapi aku Iawan. Ikutkan hati aku, aku pun nak marah, nak membebel tapi aku Iawan.
Ikutkan hati aku nak jer cari jantan tempat tagih kasih sayang tapi aku Iawan. Cukuplah apa yang jadi ni buatkan aku s4kit jiwa dalam diam. Adik – adik aku aku ajak mereka masuk bilik aku, aku beritahu mereka jangan ikut macam kakak buat.
Masalah ibu ayah jangan ambil tahu, buat donow jer okeyh..? Aku pantau mandi, makan, kerja sekolah mereka. Aku cuba alihkan perhatian mereka pada hal – hal yang menyeronokkan. Tonton tv, kartun, main game, buat kerja sekolah sama – sama dan libatkan mereka dalam kerja rumah. Cukuplah kakak aku yang h4ncur. Aku dan adik – adik kena jadi anak yang baik!
Tapi kesedihan tak berkurang seiring masa berjalan. Bila keluar shopping ibulah driver, ibulah yang bayarkan, ibulah yang jaga kami. Ayah macam tak wujud. Ada suami tapi tiada bila diperIukan. Aku melihat anak – anak lain berjalan berpimpingan tangan ibu ayah, aku cemburu. Aku balik aku nangis.
Pusing – pusing dunia aku tengok orang lain ayahnya jadi driver. Tapi aku, ibu yang jadi driver. Aku kesian pada ibu. Nak tahan pandangan orang tapi dalam masa yang sama nak gembirakan anak – anak bawa keluar jalan – jalan.
Sejak ayah kahwin lain, kami pulaukan ayah. Dah la takde usaha nak ambil hati kami. Macam m4kin suka pulak anak – anak sem4kin menjauh. Kami tak suka duduk makan semeja dengan ayah, kami tak suka keluar dengan ayah, kami tak suka bercakap dengan ayah.
Ayah kepalanya serabut layan 2 bini. Kalau kami anak – anak buat hal memang kena marah laa jawabnya. Hari raya ayah boleh bergambar 1 family dengan family baru. Tapi dengan kami nan hadooo. Aku benci kereta ayah, kereta tu laa yang bawa penyondol dan anak – anak tirinya.
Aku benci orang lain bahagia di atas d3rita keluarga aku. Kau memang jah4nam. Kerana kau penyondol, kami hilang kasih sayang ayah, cinta seorang ibu dan kecerian seorang kakak. Waktu kecil kami ditemani nightmare, rasa insecure dengan anak – anak yang lain, kecil – kecil pun dah pandai rasa apa itu kecewa, sedih, marah, benci. Seolah – olah bahagia itu tidak wujud dan tidak layak untuk kami.
Kalau kau penyondol tak pentingkan diri, kalau kau boleh tahan nafsu tak nak berlaki, kalau kau tak menggoda, kalau kau fikir perasaan kami anak – anak yang hilang kasih sayang ayah. Mungkin hari ini kami akan rindukan zaman kanak – kanak kami.
Dah laa zaman kanak – kanak perit, pedih apatah lagi zaman dewasa yang sudah tentu lagi banyak cab4ran. Tapi Allah itu Maha Adil. Dulu kau penyondol seronok menyondol kebahagian orang, hari ini kau d3rita. Kami tidak membaIas d3ndam cukuplah doa kami waktu kecil Tuhan makbulkan.
Hari ini aku dengar kau s4kit. S4kit sana sini, sampai nak masak pun tak boleh. Anak – anak kau takde sorang pun masuk universiti, kau try hard untuk ambil hati family ayah, anak kau s4kit berubat sana sini. Ayah aku hidup dengan kau berpuluh ribu duit habis, emak aku siap dapat beli kumpul hartanya sendiri tanpa sesen pun duit ayah.
Lihatlah ayah, isteri mana yang lebih baik antara isteri – isterimu, lihatlah juga anak ibu mana yang lebih baik dari isteri – isteri yang kau miliki. Syukur pada Allah, Dia yang jaga kami. Hari ini kami sudah dewasa, berpuluh tahun hidup dalam d3rita.
Semoga perjalanan kedewasaan kami penuh dengan kebahagiaan sehingga hujung nyawa. Amen3 ya Allah. Wahai penyondol fikirlah seribu kali sebelum kau r4mpas kebahagiaan anak – anak lain. Kau fikir anak 10 tahun tidak mengerti. Tapi kau silap.
Doa anak 10 tahun lebih makbul dari doa kau. Hati – hati. Wahai lelaki, kenapa kau memilih untuk curang? Aku tidak mengerti. Sekian, Kasturi. – Kasturi (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Kloe Kloey : Poligami hak lelaki. Tapi hak isteri juga perlu dituntut sebelum berpoligami. Perempuan – perempuan semua sila baca baru – baru ni menteri nak berpoligami, isteri pertamanya tu dapat hak – hak dia. Itu contoh macaman hak isteri terlaksana. Gi baca sana dan pandai – pandailah tiru ye..
Bila cakap pasal hak, dua2 pun ada hak masing – masing. Ini bukan pasal lelaki atau perempuan. Hak perempuan (isteri) yang tak diberikan juga menindas kaum lelaki juga ye, sebab anak isteri tertindas tu ada lelaki dan juga perempuan.
Rizal Rodzuan : Spesis ayah yang masa muda, sihat dan berduit abaikan anak dengan isteri. Tapi bila dah tua, s4kit – s4kit dan tak berharta baru nak cari anak tu nak minta maaf, kasih sayang dan jagaan mereka. Bila mereka abaikan terus ayah tu mer0yan cakap anak dan isteri derh4ka dan netizen kecam.
BACA: Founder produk jatuh terduduk, view live 500 terus jatuh merudum tinggal 30 orang selepas hina B40