Ibu Gajah ini panik kejut anak tak bangun, ‘panggil’ penjaga Zoo tolong

Ibu Gajah ini panik kejut anak tak bangun, ‘panggil’ penjaga Zoo tolong. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Setiap yang bergelar ibu, baik makhluk apa sekali pun mesti ada sifat peduli akan anak masing-masing. Begitu juga dengan ibu gajah di Zoo Prague ini. Melalui sebuah klip video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, kelihatan seekor ibu gajah mendekati anaknya yang sedang terbaring seolah-olah tidak sedarkan diri.

Ibu gajah berkenaan kemudiannya mencuit-cuit si anak menggunakan belalainya. Namun begitu, anaknya masih kelihatan terbaring dan tidak menampakkan tanda-tanda untuk bangun. Mungkin panik dan menyangka sesuatu yang bu/ruk terjadi kepada anaknya, ibu gajah ini terus ‘memanggil’ penjaga zoo untuk membantu mengejutkan anaknya.

Ibu Gajah ini panik kejut anak tak bangun, 'panggil' penjaga Zoo tolong

Seorang lelaki dipercayai penjaga zoo di situ datang mendekati anak gajah tersebut sambil menggerak-gerakkan badannya beberapa kali. Tak lama kemudian, anak gajah itu terus bangun dan meluru ke arah ibunya. Boleh pulak anak gajah ni buat ‘prank‘ dekat mak dia ya. Korang macam mana pulak kalau mak kejut bangun tidur? Ada jugak ke yang ‘tidur mati’ macam ni?

Tonton:

Baca:

Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

Rakyat terkejut parti islam buat siaran haram perlawanan bola, “tak tahu halal haram?”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)