Hukum sebenar baca al-quran tanpa menutup aurat, ini jawapan ulama ramai nak tahu

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Baca al-Quran tanpa menutup aurat sering kali menjadi persoalan di kalangan masyarakat.

Hukum mengenai tindakan ini telah dijelaskan di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan untuk bacaan anda.

Menurut penjelasan tersebut, tiada ayat al-Quran atau hadis yang menyatakan bahawa seseorang perlu menutup aurat atau memakai tudung semasa membaca al-Quran.

Namun, para ulama seperti Dr. Nuh ‘Ali Salman, ahli Lajnah Darul Iftaa’ Mesir, menegaskan bahawa membaca al-Quran dengan memakai tudung

Dan menutup aurat adalah antara adab yang baik untuk diamalkan.

Hukum sebenar baca al-quran tanpa menutup aurat, ini jawapan ulama ramai nak tahu

Bacaan al-Quran dalam keadaan yang baik merupakan salah satu cara untuk mengagungkan syiar Allah SWT dan mencerminkan ketakwaan kita kepada-Nya.

Al-Hakim Al-Tirmidzi menyebut dalam kitab Nawadir al-Usul bahawa salah satu cara untuk menghormati dan mengagungkan al-Quran adalah dengan berpakaian rapi, seolah-olah kita ingin bertemu seorang raja untuk meminta sesuatu.

Beliau turut menyatakan:

وكان أبو العالية إذا قرأ اعتم ولبس وارتدى واستقبل القبلة

Maksudnya: “Diceritakan bahawa Abul ‘Aliyah, sewaktu ingin membaca al-Quran, akan mengenakan serban dan pakaian yang indah serta menghadap kiblat.”

Kesimpulannya, membaca al-Quran tanpa memakai tudung dan tidak menutup aurat adalah diharuskan, tetapi atas alasan adab terhadap kitab suci al-Quran, seharusnya kita membacanya dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna, sebagaimana yang ditegaskan dan diamalkan oleh para ulama.

Fatwa Syeikh Dr. Ali Jumu’ah juga menyebut:

ويجوز للسيدة أن تقرأ القرآن دون حجاب، ولا شيء عليها في ذلك

Maksudnya: “Dan harus bagi perempuan untuk membaca al-Quran dalam keadaan tidak berhijab, dan tidak ada kesalahan bagi perempuan itu dalam hal tersebut.”

Semoga artikel ini dapat memberikan jawapan kepada pembaca mengenai hukum membaca al-Quran tanpa memakai tudung atau tidak menutup aurat.

BACA: Akhirnya Menteri jawab status keberadaan kapal perang China di Pulau Pinang