1) Rania dilantik (diiktiraf) oleh KKM mewakili pihak kerajaan ke CCM. Sedangkan wakil negara ke CCM boleh juga dihantar oleh pihak swasta dan NGO sepertimana yang diterangkan oleh laman sesawang rasmi CCM.
2) Kenapa perlu transgender jadil wakil kerajaan kita ke satu forum antarabangsa (CCM) mengenai AIDS/ HIV sedangkan mangsa atau kelompok yang berisiko terhadap penyakit itu tidak hanya terhad kepada komuniti LGBT saja. Adakah LGBT ini satu kelompok yang besar dan berpengaruh di negara kita hingga wakilnya perlu dihantar ke peringkat antarabangsa atas nama KKM?
2) Yang menandatangani sijil pelantikan Rania itu adalah Timbalan Menteri KKM yang mungkin tidak sensitif terhadap persepsi Muslim di negara ini memandangkan Timbalan Menteri itu bukan seorang Muslim. Yang bakal menjawab kepada kritikan masyarakat Melayu-Islam nanti ialah kita.
3) Pelantikan itu mungkin legally and morally right tapi ia politically wrong kerana seolah-olah memberi pengiktirafan kepada golongan LGBT mewakili negara atas nama kerajaan (KKM). Sedangkan kita ada alternatif lain yang dekat dengan golongan berkenaan iaitu Ustaz Ebit Lew. Kenapa tidak dilantik saja pendakwah tersebut ke CCM?
4) Endorsement dalam bahasa politik sama ertinya memberi pengiktirafan/ lampu hijau untuk sebarang bentuk pelantikan. Lebih-lebih lagi pelantikan itu disertakan sijil dari pihak kerajaan yang mempunyai nilai kuasa (carry weight) selaku dokumen rasmi peringkat kementerian.
5) CCM tiada kena mengena dengan usaha merawat gejala LGBT. Fokus mereka untuk mencegah dan ke arah membanteras AIDS dan HIV. Oleh kerana CCM juga bekerjasama rapat dengan WHO (Organisasi Kesihatan Sedunia) maka LGBT tidak dianggap suatu penyakit (mental) oleh mereka kerana LGBT sudah tidak dianggap sebagai sexual deviation (kesongsangan seksual) oleh piawai WHO yang turut diikuti oleh KKM di Malaysia.
6) Jika JAKIM lah yang menghantar wakil golongan transgender Muslim ke peringkat antarabangsa agar mereka didakwah dan “diubati” oleh satu organisasi antarabangsa yang anti gejala LGBT, maka ia tidak menjadi isu.
7) Perlu diingat, CCM juga turut memberi bantuan kewangan untuk program anti AIDS/ HIV nya, jadi menghantar wakil transgender ke CCM bagaikan memperkasakan peranan serta status kewangan kelompok tersebut secara tidak langsung. Ia bukan soal mahu menindas atau menidakkan fungsi kelompok tersebut dalam masyarakat (selagi tidak melanggar undang-undang), tetapi jika mereka ini dianggap pesakit oleh masyarakat Melayu-Muslim kita maka sepatutnya kita hantar pakar yang mampu merawat penyakit kelamin yang melibatkan mereka ke peringkat antarabangsa agar pakar itu kembali dengan lebih ilmu untuk merawat kelompok LGBT yang dijangkiti AIDS/ HIV.
Sekadar pendapat.
Berbeza pendapat itu sepatutnya suatu rahmat.
Dr. Muhammad Faiz Bin Na’aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia