Hubungan dengan Anwar dan Mahathir? Ini penjelasan Naib Presiden AMANAH

Hubungan dengan Anwar dan Mahathir? Ini penjelasan Naib Presiden AMANAH

Kesetiaan 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 kepada 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 tidak pernah berbelah bagi.

Janji kami untuk mendukung dan mengangkat 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗕𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺

sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetap tidak berubah.

Tetapi ia tidak bermakna kami perlu membenci 𝗬𝗕 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 atau menafikan sebarang keistimewaan dan kepakaran beliau dalam membawa kebaikan kepada negara.

Beliau juga mempunyai pengalaman dan kelebihan di peringkat antarabangsa.

𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 tidak wajar dibebankan dengan mewarisi sebarang kebencian yang ada di luar sana.

Kami terlalu sibuk untuk mengembalikan semula negara dalam kerangka 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗹 𝗔𝗹𝗮𝗺𝗶𝗻, 𝗠𝗮𝗾𝗮𝘀𝗶𝗱 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 “𝗚𝗼𝗼𝗱 𝗚𝗼𝘃𝗲𝗿𝗻𝗮𝗻𝗰𝗲.”

Membiarkan negara dipimpin oleh kumpulan parti-parti yang bersengketa sesama mereka dan bertopengkan muafakat kepentingan Melayu atau Islam, akan membuat negara ini tidak stabil.

Ketika negara dan kerajaan tidak stabil; tiada siapa di kalangan mereka yang fokus membela rakyat terutama di musim pandemik Covid19 ini.

𝗛𝗔𝗦𝗔𝗡𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗬𝗨𝗡𝗨𝗦
𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻
𝗣𝟭𝟬𝟭 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁
𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 & 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗵𝗶𝗽 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻
𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

Sumber :

COMMENTS