Hotel turut sama kibar bendera putih

Hotel turut sama kibar bendera putih

Beberapa hotel menyertai kempen bendera putih yang kini mendapat perhatian di seluruh negara.

Salah satu hotel tersebut adalah Hotel LaCrista di bandar Melaka.

Bagaimanapun, kibaran bendera putih pihak hotel bukan sebagai tanda bahawa ia memerlukan makanan.

Pengurus besar hotel Jason Bak memberitahu China Press bahawa mereka cuba menghantar mesej kepada orang awam dan pihak berkuasa tentang keadaan industri perhotelan yang sangat parah.

“Kami memerlukan bantuan kewangan dan vaksinasi langsung untuk pekerja kami. Pada masa ini, 110 kakitangan hotel saya masih belum mendapat janji temu untuk vaksinasi Covid-19.

“Kami kesal apabila pakej Pemulih terbaru tidak menawarkan bantuan khusus kepada industri ini,” kata Bak.

Sehubungan dengan itu, dia meminta hotel-hotel lain untuk turut serta dalam kempen bendera putih.

Menurut Persatuan Hotel Malaysia (MAH), ada hotel lain juga turut menaikkan bendera putih.

Dalam satu kenyataan, MAH mengatakan walaupun terdapat banyak cadangan yang dihantar kepada kerajaan, tidak ada bantuan yang diberikan untuk industri ini.

“Sifat industri kita adalah bergantung sepenuhnya kepada pergerakan orang ramai.

“Selagi sekatan perjalanan masih dikuatkuasakan, industri ini akan gulung tikar lambat laun,” kata MAH.

MAH mengatakan kira-kira 100 hotel ditutup buat sementara atau kekal tahun lalu dan 20 hotel lagi ditutup tahun ini.

Dikatakan bahawa sekitar 89 peratus hotel telah mengurangkan jumlah kakitangan mereka dan 45 peratus lagi masih mengenakan pemotongan gaji. Dianggarkan 63 peratus majikan menempatkan kakitangan mereka untuk cuti tanpa gaji.

“Angka ini semakin bertambah dari hari ke hari,” kata MAH.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/581295

BACA JUGA : Khairuddin minta rakyat kawasannya jangan angkat bendera putih, hubungi saja