Hormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, kata DAP

Semua pihak perlu menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, apa yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah berlandaskan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan prinsip keluhuran Perlembagaan.

Kata Ahli Parlimen Seremban itu, walaupun Ismail Sabri bukanlah pilihannya dan rakan-rakannya lain, keputusan tersebut bagaimanapun perlulah dipatuhi.

“Kami perlu patuh kepada keputusan tersebut untuk memastikan kelangsungan sistem demokrasi berparlimen kita yang berteraskan kepada prinsip Raja Berperlembagaan.

“Sudah tentu ramai penyokong kami yang kecewa dan bertanya mengapa parti UMNO yang dikalahkan pada PRU-14 kini kembali berkuasa? Mengapa pembangkang tidak ada strategi lain? Mengapa bukan calon lain? Mengapa tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdamai ditolak dan banyak lagi persoalan.

keputusan

“Semua ini adalah polemik yang tidak ada kesudahannya kerana masing-masing ada pandangan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Siew Fook berpandangan, sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang perlu mencari titik persefahaman bagi mengembalikan fokus terhadap usaha memerangi wabak Covid-19 dan merendahkan suhu politik.

“Semua pihak perlu berlapang dada dan mengambil iktibar daripada nasihat Seri Paduka supaya menghulurkan tangan untuk bekerjasama supaya yang menang tidak menang semua manakala yang kalah tidak kalah semua,” katanya.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/hormati-keputusan-yang-di-pertuan-agong/

 

BACA JUGA :

Presiden parti dah tak jadi PM, berbanggalah wahai ahli Bersatu – Wan Fayhsal

Beri kelonggaran, varian delta antara punca kes kembali meningkat

Yakinlah! Umno tetap Umno, kata Zahid