Hormati Kemuliaan Islam Dan Nabi Muhammad SAW

  1. Biro Agama ARMADA BERSATU Nasional ingin menzahirkan kekesalan atas kes yang dilaporkan media berkenaan tindakan seorang netizen yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
  2. Rakyat Malaysia merentas bangsa dan agama perlu sedar akan pentingnya menghormati sensitivity mana-mana agama dan bangsa terutama agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan.
  3. Menyentuh sensitivity agama Islam dan merendahkan watak-watak pentingnya adalah tindakan melampau dan biro ini tidak akan sama sekali bertolak ansur kerana Islam/Melayu adalah harga mati perjuangan kami.
  4. Kami ingin merakamkan ucapan penghargaan buat pihak keselamatan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM yang telah bertindak tegas dan pantas atas kes-kes penghinaan seperti ini.
  5. Membakar api perkauman dan keagamaan hanya bakal merugikan Malaysia yang telah dibina dengan bersusah payah lebih 60 tahun oleh pendiri Negara ini. Adakah kita sanggup melihat Negara ini hangus terbakar dengan nyalaan api perkauman/keagamaan?!
  6. Hormati agama/bangsa pihak berbeza dan hentikan kejahatan perkauman/keagamaan!

 

ABU HAFIZ SALLEH HUDIN

Exco ARMADA BERSATU Nasional

Pengerusi Biro Agama

20 Februari 2019

 

Sumber : FB Abu Hafiz Salleh Hudin