Honda City selamba masuk lorong motosikal dikecam

Oleh INFORAKYAT

Honda City selamba masuk lorong motosikal dikecam. Polis sedang mengesan pemandu kereta Honda City yang memandu di lorong motosikal di Kilometer (KM) 34.1 Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, kenderaan yang terbabit adalah sebuah kereta Honda City dengan nombor pendaftaran VAG 8183.

“Dalam kejadian itu tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya.

“Pihak polis meminta pemilik atau pemandu kereta dan mana-mana saksi tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Honda City selamba masuk lorong motosikal dikecam

Beliau berkata, mereka boleh ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 0133752511.

BACA:

Bentuk belakang Honda City baharu ‘copy paste’ BMW 3 series?

Permintaan tinggi, harga Honda Civic Type-R kena ‘mark-up’

Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11