Hishamuddin perlu dedah 25 MP yang menyokongnya

Hishamuddin perlu dedah 25 MP yang menyokongnya

Hishamuddin perlu dedah 25 MP yang menyokongnya

Seperti mana yang diminta dalam tulisan pagi tadi, Nazri Aziz akhirnya tampil bersuara berkenaan keperluan mendedahkan siapa 25 Ahli Parlimen UMNO yang sudah hilang sokongan kepada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi itu.

Kata beliau, senarai berkenaan hanya akan didedahkan oleh “ketua” kumpulan berkenaan iaitu Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein.

Tambahnya, waktu untuk Hishammuddin mendedahkan senarai itu ialah apabila sudah dirasakan sesuai berbuat demikian.

Sehingga sampai masa yang dimaksudkan itu, kata Nazri lagi, beliau akan bertindak sebagai “jurucakap” bagi pihak kumpulan terbabit.

“Saya adalah wakil mereka. Tak perlu untuk mereka (25 Ahli Parlimen terbabit) tampil kerana kami tak mahu mengelirukan keadaan.

“Akuan Bersumpah atau SD itu ada pada Hishammuddin, bila perlu beliau akan tunjukkan senarai tu,” katanya lagi.

Dengan kenyataan Nazri ini, bermakna beliau kini telah menendang bola kepada Hishammuddin untuk membuat penyudah seterusnya.

Pilihan Hishammuddin ialah sama ada akan terus menendang bola ke pintu gol atau mahu menyimpan bola di kakinya lebih lama lagi.

Yang nyata, Hishammuddin kini tidak boleh berselindung atau mengelak lagi mengenai kedudukannya dalam gerakan yang bertujuan untuk menentang Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Pengakuan Nazri ini adalah bukti sahih, bukan saja tentang penglibatan Bendahari Agung BN itu, malah mengesahkan kedudukannya sebagai ketua kumpulan terbabit.

Untuk jadi ketua, syarat pentingnya ialah mesti berani.

Kalau berani memikul tanggungjawab sebagai ketua, maka mestilah berani juga tampil bersemuka untuk sedia ke depan perang.

Dengan senarai 25 SD itu sudah ada ditangannya dan kedudukannya sebagai ketua kepada gerakan untuk menentang Zahid Hamidi turut sudah disahkan oleh Nazri, sebenarnya tiada keperluan lagi untuk Hishammuddin berlama-lama lagi menyembunyikan senarai 25 Ahli Parlimen itu.

Lagi lama berdiam diri, takut nanti lagi banyak misteri dan teka-teki akan timbul jadinya.

Maka, secara “gentlemannya” Hishammuddin harus mendedahkan senarai itu dalam tempoh waktu sehari dua ini juga.

Lagi pun, dengan Hishammuddin lagi cepat mendedahkan senarai itu, ia akan lebih memudahkan Nazri melakukan “tembakan-tembakan” seterusnya kepada Zahid Hamidi.

Dengan itu, barulah ada kemungkinan untuk menang perang.

Kalau tidak menembak, macam mana musuh nak tumbang?

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2021/06/25/hishammuddin-tak-harus-berlengah-dedahkan-siapa-25-ahli-parlimen-umno-bersamanya.html